Tuesday, January 24, 2012

projek MAYC..untuk generasi masa depan

aku ada job baru..rebranding MAYC Hotel...Hotel Pusat Persatuan Belia Malaysia...bangunan ni memang buruk..mana taknya di bina dan diresmikan pada tahun 1970..tahun mak aku pun belum kawin dengan bapa aku...

aku perlu menghantar proposal untuk menambah baik, menukar imej hotel ini..dari hotel buruk ke hotel bersifat cara hidup remaja yang aktif dan agresif..

sebuah hotel yang baru perlu design yang segar, dengan kelengkapan uptodate seperti wifi, kafe yang cool, swimming pool yang gempak, games room dan ruang lepak yang stylish untuk remaja masa depan..

ia akan jadi hotel pilihan remaja, belia Malaysia dan antarabangsa...pilihan generasi masa depan..satu lagi projek aku untuk rakyat

tahun naga

tahun baru cina tahun ni aku sambut di Melaka..sambut kerana dapat cuti..cuti dari benda-benda yang menyibukkan kepala....

Melaka sangat sibuk..sangat sibuk..Bandar Hilir pun tak boleh masuk..ini bererti kerajaan harus menambah baik infra di Melaka..kurangkan kesesakan.. aku rasa ia akan sesak setiap kali musim perayaan..sesak yang bukan main-main..dari Bukit Baru nak ke Bandar Hilir mau makan 2 jam..biasanya 15 minit..

tahun naga air..selama ni aku tahu tahun naga..tapi tahun ni dah jadi tahun naga air..mungkin unsur air itu penting untuk menambah keyakinan yang rezeki akan mengalir deras, suasana akan sejuk seperti air..maka tahun ni akan bertambah baik..untuk semua..ekonomi..politik..

naga adalah penguasa.. mungkin tahun ini ekonomi akan kukuh.. bila kerajaan mula tabur duit...untuk menampak kan ekonomi kita sememangnya kukuh...aku pun tak tahu..ramalan setiap tahun bersifat positif..kalau negatif pun cuba di positifkan..

apa pun hidup perlu berubah..seperti tahun naga yang lalu..tahun 2000 aku berubah dengan berpindah dari Melaka ke Tanjung Malim untuk jaga projek..dan itulah titik tolak berubahnya kehidupan aku..dah 12 tahun berlalu peristiwa itu..dan tahun naga sebelum itu 1988..hidup aku berubah bila mengikut keluarga aku berpindah dari Melaka ke Selangor..dah 24 tahun pula peristiwa yang itu..

tahun naga..apakah pun aku pun perlu bersifat seperti naga..menelan ..menyambar dan menguasai persekitaran ku..

hari ini aku duduk dan berfikir..apakah aku ini manusia besar atau manusia kecil..atau masih manusia biasa atau manusia luarbiasa seperti yang aku laungkan satu ketika dulu...aku mahu jadi manusia luar biasa..



Thursday, January 19, 2012

Projek Harimau Malaya

aku tak tahu kalau ada orang dah mula projek ni...harap belum..ini adalah projek siri animasi untuk menyemarakan lagi arena bola sepak tanah air..ini adalah next projek aku dan rakan-rakan..
kalau dulu masa kecil ada kartun KICKERS..cerita pasal seorang budak yang suka main bola..tu animasi Jepun..
HARIMAU MALAYA pula adalah kisah Shafi dan rakan-rakan yang terpilih untuk mewakili negara.. yang berjuang habis-habisan menaikan semula nama negara dalam arena bolasepak.. harap kalau projek ni berjaya anak-anak aku akan mengingati siri animasi HARIMAU MALAYA..

Monday, January 9, 2012

DIY sepatutnya lebih murah

Semua orang kat KL ni pernah pergi IKEA..apa yang membeza kan IKEA dengan Courts atau kedai perabot lain?...Kepuasan emosi dan intelek..juga konsep DIY Do IT Your Self.....pendapat akulah..sebut kepuasan emosi dan intelek bunyi macam terlalu akademik...tapi tulah yang aku rasa...

Kita rasa kita orang bijak bila masuk IKEA..dengan design yang pelbagai, menyelesaikan masalah ruang, walau harga tak murah..bila kita masuk dan berjalan..otak kita rasa cair..melihat dan memikir tentang rekabentuk...kita rasa mcm orang pandai...

kepuasan emosi bila berjalan dari ruang ke ruang, dari tempat simpan kanak-kanak (children care centre) masuk ke galleri, pergi ke items pick up area terus ke kafe...rasa seronok..puas..

sampai rumah kita kena pasang sendiri...sebab konsep DIY...

aku rasa konsep DIY akan menakluk dunia..sebab mengurangkan kos upah pasang...beli pasang sendiri...kalau nak meniaga..kena buat konsep macam tu..sebab sekarang pelanggan suka dihargai sebagai manusia kreatif yang pilih design sendiri, beli sendiri dan pasang sendiri..

cuma kenapa di IKEA..D.I.Y tapi harga lebih mahal dari kedai perabot yang dipasang siapkan oleh bangla.

takde ke satu bumiputera yang buka bisnes..D.I.Y..dan produknya murah..target middle class..dan berkonsepkan ID untuk semua...