Thursday, March 15, 2012

Tunggukan ketibaan The Real Mortal Kombat

hari ini aku membentangkan cadangan untuk event The Real Mortal Kombat kepada Dana Belia Satu Malaysia....pengalaman yang bagus..walaupun event ini sederhana tapi aku akan cuba yang terbaik untuk buat promosi yang besar..

walau pun dah tak jadi fighter..jadi organizer pun ok jugak..

tunggukan ketibaan THE REAL MORTAL KOMBAT

Monday, March 12, 2012

untuk ECPI



design concept aku untuk ECPI advert..masih preliminary idea

Wednesday, March 7, 2012

undilah

ada la seseorang minta aku design poster parti politik untuk pilihan raya akan datang..itu adalah kerja bodoh yang terakhir akan aku buat..kerana

1. aku tak percaya orang politik..semuanya nak kan kuasa
2. aku tak nak terikat pada sesebuah parti
3. pengalaman yang lalu aku tolong orang berpolitik hanya dapat semangat..bila habis semangat tinggal penat yang dapat

aku tak nak terbawa-bawa dalam emosi politik ni..

container- play school cube

satu produk nova nexus adalah unit rumah modular..aku cuba bereksperimen dengan mereka bentuk sekolah dengan kontena..modular sistem juga..

jimat, mudah dan masa pemasangan yang pendek

aku namakan projek ini playshcool cube..


Monday, March 5, 2012

volvo s40

sekali pakai volvo, minat aku untuk terus sebagai volvorian semakin mencanak-canak.. selepas melepaskan s 70 (terlepas) beberapa bulan lalu, jodoh aku dengan volvo bagai tak dapat di tolak..ada pulak kawan yang nak jual volvo s40 dia...

asal warnanya silver..tapi naluri designer comot aku tak dapat menerima warna yang agak ketinggalan zaman..

asalnya aku nak spray bonetnya saja biarla nampak sport sikit..aku beli spray hitam 2 tin..selesai spray bonet aku rasa tak la susah sangat spray kereta ni..macam spray peti sejuk je..aku pun mulakan operasi gila spray satu kereta..

perrgghh..tebaabbooo..bila siap memang ganas..
aku rasa dalam Malaysia ni aku lah orang yang pertama spray volvonya sendiri..