aku beli kereta ..tukar Honda Civic 1.7 aku ke BMW M3...bukan nk menunjuk tapi sebab imej tu penting bagi aku..bagi lelaki kereta adalah semangatnya..aku dan aku rasa banyak orang melihat status dan kekuatan sesorang lelaki dari kereta yg di pandu..
aku seorang Bimmer..memandu BMW..the ultimate driving machine..bayangkan semngat aku
Friday, June 14, 2013
Wednesday, January 2, 2013
2013 menjelma
sepatutnya dunia telah kiamat pada 21/12/2012...ini bererti manusia selalu saja tersilap dan percaya pada metos..Amerika pun bukannya pandai..
dalam susah payah akaun ada juga isi..kereta telah sempat bertukar beberapa kali..tapi itu tak bererti telah mencapai objektif..cukup duit untuk bayar gaji dan sewa ofis sahaja bukan objektif..
kita harus melihat masa depan dengan positif..melihat peluang...dan sentiasa berfikiran besar, melihat sesuatu yang besar...dan yang penting melihat diri kita besar...kerana kita adalah manusia besar..
aku penat memerah keringat pada 2012..2013 adalah tahun untuk melihat sedikit hasil...
GO BIG OR GO HOME
Sunday, October 7, 2012
Rumah RM200k
melihat design rumah ini aku rasa ia boleh di bina dengan kos RM 100k atau lebih murah..itu pun jika beli barang sendiri dan upah tukang....
ini adalah rekabentuk rumah ala tropika untuk seorang profesor...
mungkin satu hari nanti aku berpeluang membina rumah sebegini untuk rumah hinggap..ia mengangungi satu ruang tamu satu bilik tidur yang agak besar dan satu runag makan beserta dapur..Sunday, August 26, 2012
berlalulah sudah Ramadhan
tamat ramadhan 2012.. seminggu beraya , hari ini mula bekerja...alhamdulillah dapat bersama abah dan ibu..harap syawal ini bukanlah yg terakhir bersama mereka...
bersyukur juga anak-anak dapat beraya dgn gembira...adik bungsu aku dapat anak yg pertama...
nikmat yang tak terhingga apabila dapat menatap wajah ibu dan abah dan membuat keluarga rasa gembira...
syawal akan datang bagaimana..
Tuesday, August 7, 2012
syaitan dalam kita
hati-hati kerana iman boleh dicuri... betul syaitan telah terikat di bulan ramadhan ini..tapi iman kita boleh dicuri dengan persekitaran, internet, majalah, surat khabar, iklan pusat beli belah, makanan di pasar ramadhan...bahkan melalui perkataan dan penglihatan kita pun iman boleh dicuri..
dari manusia penuh iman hasil amal dibulan ramadhan..jadi orang takde iman dan lagha.. benarlah diakhir zaman, manusia pagi beriman petang tak beriman..
syaitan dah terikat..tapi syaitan dalam diri kita tak terkawal...
ramadhan 20 tahun lalu

sungguh cepat masa berlalu..hari ini dah 18 ramadhan...10 malam terakhir bakal menjelang..ramadhan terbaik bagi aku adalah masa aku tinggal di Kuala Selangor umur 17 tahun..masa tu aku mampu menjaga sepenuhnya amalan..tarawikh dan amalan malam...aku selalu ke mesjid pukul 2 pagi untuk qiamulail..sehinggakan malam terakhir ramadhan aku begitu hiba...rasa nya tak mahu berpisah dengan bulan rahmat itu..kini masa berlalu..kisah itu adalah kisah 20 tahun lalu..dan aku masih lagi belum menemui ramadhan seperti itu..
dimana aku benar-benar merasai besarnya keagungan Dia dan diri ini sebagai hamba..
Monday, July 30, 2012
tentang abah

lahir-lahir aku dah kenal abah..lelaki yang semasa kecil aku bayangkan ada super power..
abah sungguh kuat..dia boleh menyelam lama, aku ingat lagi masa kecil aku akan berpegang pada leher abah dan abah akan menyelam dalam lombong..
pernah aku nakal..selongkar dokumen dalam kereta abah..kemudian aku lari..abah kejar..dalam jarak 50 meter abah baling buah jambu..kena pinggang aku...kuat balingan abah...sakit...sekarang abru aku tahu yang aku ambil itu adalah geran kereta..
kami berpindah randah dari aku kecil, Seremban, Bukit Piatu, Pengkalan Rama, Bukit Beruang, Kuala Selangor dan Muar.....pelbagai kenangan aku simpan kerana ikut abah berpindah...
mungkin kerana abah rajin mengembara..aku pun seperti abah
kami pernah mendaki Gunung Ledang bersama..sungguh hebat cerita di situ..abah seperti melayang saja mendaki gunung batu..
abah pandai silat, semasa umur aku 13 tahun aku dihantar belajar Kuntau..abah pandai main badminton dan bola tampar..aku rasa dua tu adalah sukan kegemaran abah..
yang paling abah suka adalah berkebun dan memancing..abah kuat..ketika umur 60 pun abah kuat lagi memetik sawit..abah adalah naturalist..perkenalkan aku kehidupan kampung..satu hobi abah yang aku tak boleh ikut adalah memancing..
abah tak suka aku jadi pelukis...macam pengemis..tapi aku jadi juga pelukis..tak seperti yang abah bayangkan..
dan yang paling aku respek..abah tak pernah tinggal solat..wiridnya panjang..dan rajin beramal..abah beritahu kami ini turunan ulama...amalan mbah-mbah abah dulu lagi hebat..ada yang bersuluk mengasingkan diri..
semalam abah umurnya cecah 70 tahun..lemah..tapi dia semakin lemah..dia berjuang melawan penyakit stroke...dari lumpuh abah dah boleh berjalan...realitinya abah dah semakin tua
cumanya aku minta abah bersabar..kerana arwah datuk dan sedara-sedara abah umurnya panjang..ada yang mencecah 100 tahun..
Thursday, July 26, 2012
ramadhan 2012

sesuatu yang amat aku banggakan pada Ramadhan ini adalah berbuka di hari pertama dengan abah dan ibu...betapa bermakna nya hari melihat abah gembira berbuka bersama cucu-cucunya...
hari raya kali ini agak bercampur baur dengan debaran, gembira, cemas dan lelah...kerana agak sibuk dengan projek, menunggu durian runtuh
, kekalutan kerja dan perjuangan mencari iman...
dari segi perniagaan dan projek, aku tersepit didalam komplikasi mencari untung, belas kasihan, rasuah, persahabatan, ketelusan dan semangat.

aku harus membuat keputusan untuk memilih kesenangan dan rezeki yang halal...bunyi macam gil
a.. tapi bila cakap pasal projek..memang sarat dengan benda seperti itu..
apa yang aku pelajari dari situasi ini adalah, kita ini pengemis...kita minta, minta dan minta lagi..hidup kita ini hanya meminta...macam pengemis..
dan kita lupa..yang memberi rezeki bukan makhluk..
bulan ini kita lihat bagaimana kekuatan iman lebih penting dari kekuatan fizikal..
bulan ini bulan mencari ketenangan..mencari redha allah swt..mencari rahmat dan mengharap kasih sayang allah swt..kita mencari dan allah swt maha pemberi...
saat paling gembira bila melihat telatah anak-anak berbuka dan bertarawikh bersama.. bulan ramadhan ..bulan istimewa
Friday, July 6, 2012
lontong

setiap pagi aku akan breakfast di Terminal Cyberjaya, makan lontong dan tempe...
aku terfikir makanan inilah dulu yang abah selalu makan dan aku tidak suka...aku lebih suka soto...tapi pada usia ini aku bayak berubah..dan selera aku menyerupai saelera abah aku..
memang darah Jawa tak dapat nak hilang pada diri dan pembawaan aku
Tuesday, June 26, 2012
38 tahun umur aku

Selamat hari lahir yang 38...apa yang aku ada pada usia ini?.. sememangnya keluarga yang best..serta mimpi yang masih menggunung
aku puas hati dgn apa yang aku ada..kerjaya..rumah ..kereta..dan menjadi diri aku
tahun ini pula aku banyak berjalan.. happy dengan family.. sebab tu badan pun naik..
pada usia ini aku sudah melihat realiti dunia...erti bahagia dan nilai kehidupan itu sendiri..
dua tahun lagi aku mencecah 40 tahun..besyukur dengan jangka usia ini..tapi perjuangan belum selesai
Monday, May 14, 2012
Motosikal Ku

aku memang minat motosikal...sejak dari zaman remaja...alhamdulillah aku dapat rasa pelbagai jenis motosikal...
moto pertama yang aku naik adalah honda cup c70...lawak kalau nampak moto ni sekarang..tapi moto abah ni lah yang aku modified letak sticker sampai abah marah ..

diizinkan aku memiliki moto sendiri..aku beli scrambler yamaha enduro dt 125cc..laju gila moto ni.
macam citer azura ras
anya..masa tu umur aku 19 thn kot..

motosikal kedua aku adalah honda

hidup diteruskan..aku tertipu dengan iklan motor ni..kawasaki
ninja AR 80cc...pergghh..menyesal..walaupun minyak jimat..macam beruang naik basikal

satu tindakan terbaik aku pada sekitar tahun 1997 aku beli yamaha rxz
125..semuaorang kata moto ni baguskan..sampai sekarang masih keluar lagi

dah kawin aku tahun 1999 beli skuter vs 125..bagus skuter ni..masa tu gempak la siapa naik skuter sebab benda baru

pastu aku aku tukar selera naik
suzuki panther gamma 150cc...aku kena buang keja..dapat pampasan tu yang beli moto ni..pastu
jual kat adik ipar aku..sbb aku beli kereta baru

kerja di tapak bina..aku diberi sebuah modenas kris..pakai juga moto cup..masa tu tahun 2000

tapi aku berpeluang beli kawasaki ninja 250..masa tu tahun 2002..perghhh kl tanjung malim no problem..

sebab susah nak maitain aku downgrade ke yamaha tzm 150..masa tu tahun 2003..kira tengah panas moto ni..laju..kalau aku bawa baju memang terangkat ke atas sampai nampak perut

sekitar 2005 aku buat silap..beli skuter comel..tertipu lagi dengan iklan..sakit hati..aku selalu layan hiway pulak tu..ekzos selalu
tertanggal beb..cuba bayangkan..siksanya ekzos jatuh kat hiway

minat dengan skuter aku beli
modenas elite 150..lama kau pakai moto ni..dari 2006 sampai 2009...berulang putrajaya shah alam..puas hati beb..no problem ..cuma bila hujan enjin mati..hahahaha..

aku telah berjaya mensambar scrambler semula..mz 125 sm...ganaz beb..sampai sekarang ada lagi..aku beli cash hasil untung project design n build buat swimming pool.. perasan lebih naik moto ni sebab lain dari yg lain

tahun 2011 aku telah membuat langkah bijak..pakai skuter sym 200..best..hingga kini...jimat..laju dan
bergaya
banyak gila moto aku penah pakai..mengikut edaran masa..maknanya aku makin tua....tapi aku masih mengidam moto yang lebih beso..tunggulah ada rezeki
Iwan - dulu dangdut sekarang dakwah

Hebat Allah Taala ..kini dah berubah ke alam dakwah..aku suka masa Iwan mula-mula keluar dan nyanyi lagu ketuhanan..tetiba lepas tu tenggelam dalam dunia dangdut pula..
tapi tuhan maha kaya... dia berubah..setelah seberapa lama..
harap begitulah seterusnya..aku pun tak sabar nak beli cd Iwan yang baru
Bantu Menentang Cancer

Nenek aku meninggal dunia disebabkan Cancer..Makcik aku pun baru raya tahun lepas pergi sebab Cancer..baru baru ni aku melawat National Cancer Society Malaysia. Student aku diberi peluang untuk rekabentuk pusat mereka di KL dan membantu dalam mempromosikan event mereka.
Cancer tidak pernah tidur..ia akan terus memakan tubuh mangsa...

Mari kita bantu dengan menjadi sukarela atau bersama dalam program untuk menamba
h dana bagi membantu pesakit Cancer
Oktober ini akan diadakan RELAY..satu event untuk memperingati pejuang yang sedang

bersabung nyawa kerana Cancer, pemenang yang berjaya melepaskan diri dari Cancer dan mereka yang gugur dalam berjuang menentang Cancer..
Datanglah ke UPM Serdang untuk bersama sama..
Politik Membosankan

Inilah masanya untuk melihat orang Melayu berbalah, membuka aib orang, mencaci dan menipu. Inilah juga masanya duit kerajaan dicurah-curahkan..
Tak lama lagi pilihan raya, tak lama.
Kalau kerajaan BN tumbang (mungkinkah) adakah periwtiwa berdarah seperti 13 Mei jadi lagi? Jika BN menang adakah PR akan give up atau semakin kuat?
Yang aku tahu rakyat Malaysia mahu aman, bebas, tenang dan bahagia.
Bosan aku dengan politik. Sedih tengok orang kita. Cepat lah berlalu pilihan raya.. Penat tengok orang gila kuasa.
Thursday, March 15, 2012
Tunggukan ketibaan The Real Mortal Kombat
hari ini aku membentangkan cadangan untuk event The Real Mortal Kombat kepada Dana Belia Satu Malaysia....pengalaman yang bagus..walaupun event ini sederhana tapi aku akan cuba yang terbaik untuk buat promosi yang besar..
walau pun dah tak jadi fighter..jadi organizer pun ok jugak..
tunggukan ketibaan THE REAL MORTAL KOMBAT
Monday, March 12, 2012
Wednesday, March 7, 2012
undilah
ada la seseorang minta aku design poster parti politik untuk pilihan raya akan datang..itu adalah kerja bodoh yang terakhir akan aku buat..kerana
1. aku tak percaya orang politik..semuanya nak kan kuasa
2. aku tak nak terikat pada sesebuah parti
3. pengalaman yang lalu aku tolong orang berpolitik hanya dapat semangat..bila habis semangat tinggal penat yang dapat
aku tak nak terbawa-bawa dalam emosi politik ni..
container- play school cube
satu produk nova nexus adalah unit rumah modular..aku cuba bereksperimen dengan mereka bentuk sekolah dengan kontena..modular sistem juga..
jimat, mudah dan masa pemasangan yang pendek
aku namakan projek ini playshcool cube..
Subscribe to:
Posts (Atom)









