Monday, July 12, 2010

not a poker face


not a poker face - sebuah topeng masyarakat bidayuh.. topeng ni wataknya selamba je..

to klcc


malas nak balik kl..asyik jamm je..ni imaginasi aku bila klcc di serang..tak la gempak..abstrak langit je lebih (seperti biasa)

faces of borneo


suka melihat wajah - wajah... riak muka umpama topeng..hari ini kita pakai topeng sedih esok kita pakai topeng gembira..di borneo juga ada banyak muka..


aku suka melihat topeng-topeng..aku jadikan topeng sebagai subjek arts aku yang seterusnya..asyik fantasi je boleh pitam..


ini artworks yang terbaru..faces of borneo..


ada muka iban..muka bidayuh..muka kenyah..muka kayan..
esok aku nak pakai topeng apa ye

ice cream arts


tetiba dalam fb aku cik mito cakap pasal sugar arts....dia nampak serius..aku pernah berfikir nak try food business..tapi aku x nak penat..ada kawan cadangkan frenciase satu produk ais krim..modal puluh ribu..aku fikir kenapa kena pakai jenama orang dan modalnya tak semestinya sebanyak tu..


bila cik mito cakap pasal sugar arts aku tak sangka makanan ni pun arts..so whuy not ice cream arts... kita lihat ais kerim dari sudut yang lebih artistik..thanx ms mito..semoga berjaya dengan sugar arts..


sekarang aku tengah research pasal ais krim.. cuba ice cream arts plak

Sunday, July 11, 2010

sesungguhnya malas itu indah..sangat indah


kekadang aku penat dan malas.. aku malas dengan tugasan akademik, malas dengan artwork malas dengan design malas dengan senibela diri..


sudah lama aku tak dapat job.. design job.. hari tu dapat satu job pun aku malas nak buat..


hari ini aku adalah manusia malas..


lihat balik..aku memang suka bidang akademik..aku suka berkata-kata..memberi motivasi, lihat pelajar-pelajar yang memandang dengan penuh harapan..bidang ini yang mendorong aku melangkah..memanjat tangga harapan satu persatu..


aku suka artwork, sentiasa mencari media baru..idea baru..mimpi baru..aku suka bermimpi dan menterjemahkan ia kepada hasil seni..buat hidup aku penuh warna


aku suka design..design atau senireka adalah gabungan seni dan teknologi..membuat ia menjadi hasil yg praktikal.. aku suka design ruang yang mempunyai seni..arts in space..yang mampu berkomunikasi..yang mempunyai jiwa..


aku suka senibela diri.. aku panggil diri aku artis bela diri.. suka bercakap tentang teknik, senaman, pergerakan, langkah dan kepantasan..membakar semangat aku


lihat semuanya apa yang aku ada..ia membentuk siapa aku..menjadikan aku manusia istimewa.. aku mahu apa yang aku mahu..


sesungguhnya malas itu indah..untuk aku diam dan melihat semula siapa diri aku..


aku cuma perlu nyala kan semula api untuk membakar semangat aku



dalam hidup ini..aku sendiri..aku yang menentukan haluan hidup.. tapi waktu ini aku malas

Wednesday, July 7, 2010

pameran di muzium seni - projek visual diluar kotak



apa yang bermain di kepala aku semasa buat pameran ini adalah keikhlasan kita didalam berkarya..pamerkan kerja kita seperti meluahkan perasaan yang terhasrat..


duduk bersama kerja kita yang sedang dipamerkan umpama menjual diri..selain sumbangan kita untuk aktiviti setempat...


ada macam-macam jenis visitor..ada yang ingin tahu..ada yang minat..ada yang takut..ada banyak level pemikiran manusia..


bagi aku..kita punya idea..kita keluar dari kotak fikiran kita..kita lihat dari luar..kita masuk semula dan baiki..buat sesuatu yang lebih unik, intelek dan gila..


buat, lihat semula, nilai dan jadi lebih gila...

Saturday, July 3, 2010

air naik


subjek utama yang aku nak sampaikan adalah bila air dah naik di bangunan sultan abdul samad kuala lumpur..nampak dramatik

subjek secondary aku adalah hebatnya ciptaan langit..perasan tak betapa hebatnya ciptaan tuhan yang satu..setiap hari kita duduk dan berjalan dimuka bumi..dibawah kanvas abstrak yang sangat besar..

setiap hari dongak ke langit..ucapkanlah Maha Suci Tuhan yang menjadikan kejadian alam..renunglah langit..betapa kita sangat kerdil