Semua orang kat KL ni pernah pergi IKEA..apa yang membeza kan IKEA dengan Courts atau kedai perabot lain?...Kepuasan emosi dan intelek..juga konsep DIY Do IT Your Self.....pendapat akulah..sebut kepuasan emosi dan intelek bunyi macam terlalu akademik...tapi tulah yang aku rasa...
Kita rasa kita orang bijak bila masuk IKEA..dengan design yang pelbagai, menyelesaikan masalah ruang, walau harga tak murah..bila kita masuk dan berjalan..otak kita rasa cair..melihat dan memikir tentang rekabentuk...kita rasa mcm orang pandai...
kepuasan emosi bila berjalan dari ruang ke ruang, dari tempat simpan kanak-kanak (children care centre) masuk ke galleri, pergi ke items pick up area terus ke kafe...rasa seronok..puas..
sampai rumah kita kena pasang sendiri...sebab konsep DIY...
aku rasa konsep DIY akan menakluk dunia..sebab mengurangkan kos upah pasang...beli pasang sendiri...kalau nak meniaga..kena buat konsep macam tu..sebab sekarang pelanggan suka dihargai sebagai manusia kreatif yang pilih design sendiri, beli sendiri dan pasang sendiri..
cuma kenapa di IKEA..D.I.Y tapi harga lebih mahal dari kedai perabot yang dipasang siapkan oleh bangla.
takde ke satu bumiputera yang buka bisnes..D.I.Y..dan produknya murah..target middle class..dan berkonsepkan ID untuk semua...
Monday, January 9, 2012
Sunday, December 25, 2011
selamat tinggal 2011..2012 aku tunggu kau!!
akan muncul 2012..setahun ni apa aku dah capai..- aku ada bersama Aiman,Hakim,Imran dan Sara..selalu buat mereka gembira.
- Dapat lihat abah berjalan semula..
- Dapat sesekali gembira kan ibu
- Dapat lihat Ayu mendirikan rumah tangga
- Dapat berhempas pulas menaik kan semula jenama aku sendiri NovaNexus..nama yang aku tubuhkan masa aku belajar lagi..sekarang aku sangat sibuk kerana nama ini..
tahun 2012 adalah tahun NovaNexus.. ingat bro kita ada missi..ngat Allah jalan terus..
Sunday, November 27, 2011
Senibela Diri dan Mimpi Aku
aku semasa kecil dulu begitu obses dengan statement yang aku ni keturunan Hang Tuah..minat terhadap seni bela diri begitu tebal dalam diri aku..pantang ada guru aku cari dan belajar..bermula dengan arwah tok Said, guru kuntau di Pengkalan Batu (tak ingat nama sebab masa tu aku baru 13 tahun), Haji Mokhtar (Silat Kuntau),Rashid Iskandar (Asyoto Ryu Karate),Cikgu Lamsah (Gayung Malaysia), Cikgu Ismail (Sendeng Malaysia), Rozaidi (Betakos), Cikgu Dahlan (Setabakti), dan seorang guru cina di Nilai (Kick Boxing)..panjangnya senarai guru aku..
sekarang ni kurang sket beraksi..aku seronok tengok anak-anak aku pulak bergelanggang..hantar mereka ke kelas TaeKwonDo..biar dapat langkah dan badan jadi keras..
last week dua hero aku sertai tournament Tae KwonDo ..aku jadi bersemangat..nak train anak2...aku pula yang jadi emosi...bila masa pertandingan, rasa macam nak lompat dalam gelanggang...geram tengok mereka masih lembik..tapi bila aku fikir balik, anak2 tu baru 13 dan 14 tahun..banding aku masa tu pun lembik juga...
apa pun aku seronok dengan perjalanan hidup yang sangat menarik...kerana asas senibela diri yang sangat mendalam dalam jiwa aku, mengalir ke anak-anak...
aku azam nak buka gelanggang di Seremban, ala gelanggang Tomoi, semua aliran beladiri boleh berlatih di situ..sabar dan tunggu..
mimpi akan keluar dari kotak...menjadi realiti
Sunday, November 20, 2011
stay smart stay simple
poster ni adalah karya student aku dalam projectnya...betapa aku rasa bangang pada waktu ini..penat dengan kerja sehari hari..hari ni hari ahad aku masih pening duduk diofis menyiapkan kerja..kepala masih kusut untuk menyediakan keperluan mesyuarat esok..
kenapa aku terjebak dalam kesibukan dan segala yang kusut ni..
sebab duit
manusia akan hidup dengan gelisah disebabkan keinginan yang banyak..
aku terjebak
habiskan job ni..sebab dah tanggungjawab..lepas ni be smart and be simple..your life you decide..
Wednesday, November 2, 2011
Jonker Street-Raya Haji
raya haji ini aku balik ke Melaka...dalam kotak fikiran aku, betapa coolnya kalau aku dapat jalan bersiar-siar di Jonker Street...dalam bayangan aku aku nak standby duit nak beli terompah -terompah yang di jadikan bahan seni pada waktu ini... nak ambil foto galeri -galeri yang bertaburan di Jonker Street..
Thursday, October 27, 2011
volvo s70 turbo The Brick

impian semua designer untuk memiliki super car yang cool..untuk imej..segan beb datang meeting naik motosikal je..
alhamdulillah aku berjaya sambar volvo s70 turbo warna merah keluaran tahun 2000...kereta lama..tapi pada aku ia masih ada kelas.. yang
penting aku beli hasil dari titik peluh duit projek.. mengubati luka kehilangan BMW M3 (sumbangan investor) yang pernah aku guna pada tahun 2009..
walau design The Brick (nama timangan dalam forum volvo) agak kotak..tapi performancenya bagus juga(almaklumlah turbo)..jimat petrol ..handling pun selesa..

aku ricky juga bodykit untuk The Brick ni.. mengancam juga..
buat masa ni aku pakaila dulu sementara menunggu dapat payment yang besar..

Wednesday, October 26, 2011
untuk FELDA
Subscribe to:
Posts (Atom)






