Tuesday, January 24, 2012

tahun naga

tahun baru cina tahun ni aku sambut di Melaka..sambut kerana dapat cuti..cuti dari benda-benda yang menyibukkan kepala....

Melaka sangat sibuk..sangat sibuk..Bandar Hilir pun tak boleh masuk..ini bererti kerajaan harus menambah baik infra di Melaka..kurangkan kesesakan.. aku rasa ia akan sesak setiap kali musim perayaan..sesak yang bukan main-main..dari Bukit Baru nak ke Bandar Hilir mau makan 2 jam..biasanya 15 minit..

tahun naga air..selama ni aku tahu tahun naga..tapi tahun ni dah jadi tahun naga air..mungkin unsur air itu penting untuk menambah keyakinan yang rezeki akan mengalir deras, suasana akan sejuk seperti air..maka tahun ni akan bertambah baik..untuk semua..ekonomi..politik..

naga adalah penguasa.. mungkin tahun ini ekonomi akan kukuh.. bila kerajaan mula tabur duit...untuk menampak kan ekonomi kita sememangnya kukuh...aku pun tak tahu..ramalan setiap tahun bersifat positif..kalau negatif pun cuba di positifkan..

apa pun hidup perlu berubah..seperti tahun naga yang lalu..tahun 2000 aku berubah dengan berpindah dari Melaka ke Tanjung Malim untuk jaga projek..dan itulah titik tolak berubahnya kehidupan aku..dah 12 tahun berlalu peristiwa itu..dan tahun naga sebelum itu 1988..hidup aku berubah bila mengikut keluarga aku berpindah dari Melaka ke Selangor..dah 24 tahun pula peristiwa yang itu..

tahun naga..apakah pun aku pun perlu bersifat seperti naga..menelan ..menyambar dan menguasai persekitaran ku..

hari ini aku duduk dan berfikir..apakah aku ini manusia besar atau manusia kecil..atau masih manusia biasa atau manusia luarbiasa seperti yang aku laungkan satu ketika dulu...aku mahu jadi manusia luar biasa..



Thursday, January 19, 2012

Projek Harimau Malaya

aku tak tahu kalau ada orang dah mula projek ni...harap belum..ini adalah projek siri animasi untuk menyemarakan lagi arena bola sepak tanah air..ini adalah next projek aku dan rakan-rakan..
kalau dulu masa kecil ada kartun KICKERS..cerita pasal seorang budak yang suka main bola..tu animasi Jepun..
HARIMAU MALAYA pula adalah kisah Shafi dan rakan-rakan yang terpilih untuk mewakili negara.. yang berjuang habis-habisan menaikan semula nama negara dalam arena bolasepak.. harap kalau projek ni berjaya anak-anak aku akan mengingati siri animasi HARIMAU MALAYA..

Monday, January 9, 2012

DIY sepatutnya lebih murah

Semua orang kat KL ni pernah pergi IKEA..apa yang membeza kan IKEA dengan Courts atau kedai perabot lain?...Kepuasan emosi dan intelek..juga konsep DIY Do IT Your Self.....pendapat akulah..sebut kepuasan emosi dan intelek bunyi macam terlalu akademik...tapi tulah yang aku rasa...

Kita rasa kita orang bijak bila masuk IKEA..dengan design yang pelbagai, menyelesaikan masalah ruang, walau harga tak murah..bila kita masuk dan berjalan..otak kita rasa cair..melihat dan memikir tentang rekabentuk...kita rasa mcm orang pandai...

kepuasan emosi bila berjalan dari ruang ke ruang, dari tempat simpan kanak-kanak (children care centre) masuk ke galleri, pergi ke items pick up area terus ke kafe...rasa seronok..puas..

sampai rumah kita kena pasang sendiri...sebab konsep DIY...

aku rasa konsep DIY akan menakluk dunia..sebab mengurangkan kos upah pasang...beli pasang sendiri...kalau nak meniaga..kena buat konsep macam tu..sebab sekarang pelanggan suka dihargai sebagai manusia kreatif yang pilih design sendiri, beli sendiri dan pasang sendiri..

cuma kenapa di IKEA..D.I.Y tapi harga lebih mahal dari kedai perabot yang dipasang siapkan oleh bangla.

takde ke satu bumiputera yang buka bisnes..D.I.Y..dan produknya murah..target middle class..dan berkonsepkan ID untuk semua...

Sunday, December 25, 2011

selamat tinggal 2011..2012 aku tunggu kau!!

akan muncul 2012..setahun ni apa aku dah capai..

  • aku ada bersama Aiman,Hakim,Imran dan Sara..selalu buat mereka gembira.
  •  Dapat lihat abah berjalan semula.. 
  • Dapat sesekali gembira kan ibu 
  • Dapat lihat Ayu mendirikan rumah tangga 
  • Dapat berhempas pulas menaik kan semula jenama aku sendiri NovaNexus..nama yang aku tubuhkan masa aku belajar lagi..sekarang aku sangat sibuk kerana nama ini..


tahun 2012 adalah tahun NovaNexus.. ingat bro kita ada missi..ngat Allah jalan terus..

Sunday, November 27, 2011

Senibela Diri dan Mimpi Aku

aku semasa kecil dulu begitu obses dengan statement yang aku ni keturunan Hang Tuah..minat terhadap seni bela diri begitu tebal dalam diri aku..pantang ada guru aku cari dan belajar..bermula dengan arwah tok Said, guru kuntau di Pengkalan Batu (tak ingat nama sebab masa tu aku baru 13 tahun), Haji Mokhtar (Silat Kuntau),Rashid Iskandar (Asyoto Ryu Karate),Cikgu Lamsah (Gayung Malaysia), Cikgu Ismail (Sendeng Malaysia), Rozaidi (Betakos), Cikgu Dahlan (Setabakti),  dan seorang guru cina di Nilai (Kick Boxing)..panjangnya senarai guru aku..

sekarang ni kurang sket beraksi..aku seronok tengok anak-anak aku pulak bergelanggang..hantar mereka ke kelas TaeKwonDo..biar dapat langkah dan badan jadi keras..

last week dua hero aku sertai tournament Tae KwonDo ..aku jadi bersemangat..nak train anak2...aku pula yang jadi emosi...bila masa pertandingan, rasa macam nak lompat dalam gelanggang...geram tengok mereka masih lembik..tapi bila aku fikir balik, anak2 tu baru 13 dan 14 tahun..banding aku masa tu pun lembik juga...

apa pun aku seronok dengan perjalanan hidup yang sangat menarik...kerana asas senibela diri yang sangat mendalam dalam jiwa aku, mengalir ke anak-anak... 
aku azam nak buka gelanggang di Seremban, ala gelanggang Tomoi, semua aliran beladiri boleh berlatih di situ..sabar dan tunggu..

mimpi akan keluar dari kotak...menjadi realiti




Sunday, November 20, 2011

stay smart stay simple



poster ni adalah karya student aku dalam projectnya...betapa aku rasa bangang pada waktu ini..penat dengan kerja sehari hari..hari ni hari ahad aku masih pening duduk diofis menyiapkan kerja..kepala masih kusut untuk menyediakan keperluan mesyuarat esok..


kenapa aku terjebak dalam kesibukan dan segala yang kusut ni..


sebab duit


manusia akan hidup dengan gelisah disebabkan keinginan yang banyak..


aku terjebak


habiskan job ni..sebab dah tanggungjawab..lepas ni be smart and be simple..your life you decide..

Wednesday, November 2, 2011

Jonker Street-Raya Haji


raya haji ini aku balik ke Melaka...dalam kotak fikiran aku, betapa coolnya kalau aku dapat jalan bersiar-siar di Jonker Street...dalam bayangan aku aku nak standby duit nak beli terompah -terompah yang di jadikan bahan seni pada waktu ini... nak ambil foto galeri -galeri yang bertaburan di Jonker Street..