Sunday, February 14, 2010

tak semua student limkokwing kaya


tiba-tiba aku teringat sesuatu..yang buat aku sedih, serba salah dan kesal... aku dan partner aku didalam sebuah kelas, kami telah siap permarkahan dan semua tugas untuk semester lalu telah selesai...

tiba-tiba ada seorang student..ingin berjumpa aku.. dia tak puas hati dengan markahnya..dia gagal dalam subject aku.. aku kata aku akan cuba bantu dia mengikut prosuder..sebab aku rasa dia selalu ikuti kelas..aku rasa..seperti biasa aku akan bantu student untuk lulus

aku termenung..bila pula aku gagalkan student ni?..aku tanya partner aku..dia akui dia yang yang gagalkan student tu..sebab selalu tak datang kelas dan assignment tidak lengkap.. sahabat aku ni tidak mahu bertoleransi dan mengatakan student di sini kaya..tapi tiada disiplin ..so biar mereka dapat pengajaran..

pada waktu itu aku termenung jauh.. terperangkap antara kawan dan student..

di takdirkan suatu hari aku ke kajang..nak ambil gambar pasport untuk ke kuching..aku masuk ke sebuah mall di kajang..nak ke toilet..

terperanjat aku jumpa student aku yang gagal tu..sedang bawa baldi dan mop di dalam toilet..saya tanya apa yang dia buat..di kerja..

sebaknya aku..ada juga student limkokwing yang sanggup bekerja macam ni.. dia hanya senyum, " hye sir...i will go to campus this afternoon to appeal" katanya..

aku sedih sangat..tak semua student limkokwing tu senang.. ada yang bersusah payah untuk tampung pengajian..

aku harap betul lah tempat ni akan jadi menghasilkan magic.. merubah nasib pelajarnya..dari kepayahan kepada kehidupan yang hebat..

No comments: