Tuesday, April 27, 2010

kita bermimpi lagi


manusia perlu kepada mimpi..impian dan khayalan..tiap manusia berkhayal untuk lari dari realiti..
umpama bapa yang khayalkan rumah besar untuk anaknya, realitinya dia tidak mampu..hanya menyewa di rumah kos rendah..
untuk apa dia bermimpi..untuk semangat
si miskin yang mimpikan hidup serba ada..sedangkan realitinya perut lapar dan malam tak tahu nak baring di kaki lima mana..
untuk apa dia bermimpi..untuk harapan
orang besar mimpinya besar..orang susah mimpinya untuk senang..
mari kita berkhayal sekejap..kita rancang dan kita buat..selangkah kita berjalan..semakin maju kita kedepan..kita jatuh kita bangun semula..kita sedih dan kita ketawa..tidak ada yang mustahil..
pastikan mimpi kita mimpi besar..khayal yang hebat-hebat..kerana kita manusia hebat..kita ubah realiti

No comments: