Sunday, August 28, 2011

jalan kenangan 1





Balik ke Melaka aku sempat melawat semula sekolah-sekolah aku dulu..tempat aku mula mengenal ilmu, menimba pengalaman dan mencari kehidupan...Sekolah Kebangsaan Bkt Beruang..kenangan aku semasa Peperiksaan Penilaian Darjah 5, berpengakap, main bola sepak, jadi ketua murid..

kemudian aku ke Sekolah Tinggi Melaka ..tempat aku jadi budak nakal...melawat kembali Bus Station Melaka..yang kini terbiar sebab Melaka sudah ada Melaka Central....

semuanya menjadi jalan kenangan..yang perlu masa yang panjang untuk diceritakan semula..

Wednesday, August 24, 2011

malam-malam terakhir



tak lama lagi raya..ramadhan akan berlalu pergi...isu baju baru, ketupat, lemang, kurma dan rendang yang menjelma..

aku didik diri aku untuk ke Mesjid di hujung-hujung ramadhan ini.. peluang terakhir..kesan-kesan latihan makin terasa..hati semakin sayu, jiwa semakin tenang, syukur semakin meningkat..nikmat ibadah mula terasa..

ramadhan mengajar, duit, makan minum, hiburan bukan segalanya dalam hidup.. hidup untuk ibadah dan mengenang allah..iman dan amal.. baru dapat ketenangan, kemenangan dan kebahagiaan


tapi itu semua hadir bila ramadhan sudah ke penghujung..

balik kampung, keluarga berkumpul, jumpa saudara, anak buah ipar duai..lihat ibu abah..sedih dan sayu..satu hari nanti kita akan tua seperti mereka..

aku akan ke melaka..ke kota tinggi.. makan puas-puas..sembang puas-puas..

apa yang cool tentang hari raya..lihat orang shopping, drive di highway, lihat anak kecil gembira, tarawikh dan ibadah malam... keajaiban berlaku di ramadhan..di seluruh alam

Tuesday, August 23, 2011

Rekebentuk UiTM Rembau


Ini interior design hostel untuk UiTM Rembau. Guna skim warna putih je..sempoi.. biar cerah.. Penat aku layan projek ni..bila la nak kaya

Terbaru Kampus Lesotho






Nak raya ni aku di sibuk kan dengan tugasan mereka bentuk Kampus Lesotho.. ini perkembangan terbaru..

Monday, August 22, 2011

Button Design



beberapa rekabentuk Pin Button oleh aku untuk Faculty of Architecture and Built Environment

Ramadhan Ini..Syawal Ini - Pasar Satok ke Bandar Kinrara



Ramadhan ini aku tidak lagi sendiri seperti Ramadhan lalu. Aku gembira dengan keluarga, di Bandar Kinrara, memasak dan berbuka bersama keluarga. Syukur alhamdulillah. Seronok ber tarawikh. Sungguh meriah dan terasa keberkatan.

Ramadhan lalu aku sendiri, rasanya tak pernah bersahur. Paling hebat aku berbuka dengan merayau di Pasar Satok, beli dan makan terus bila masuk waktu ketika masih di pasar, kerana di Sarawak waktu berbukanya awal pukul 6.30. Waktu malam tepian pekan Satok akan penuh
dengan manusia membeli baju raya. Aku akan berjalan menumpang suasana.

Selalunya aku bersyukur dengan masak telor goreng dengan kicap, makan dengan nasi. Kekadang tambah fishball.

Tapi yang pahit tak semestinya kurang elok. Pahit juga boleh menjadi ubat. Aku bersyukur aku rasa semua.
Makanan jauh berbeza di Kinrara. Sehebat nasi Khabsah, Pai Ayam, Laksa Kari. Rezeki Allah melimpah ruah.

Paling syukur adalah bertarawikh di Kinrara, lepas tarawikh makan free. Suasana sungguh meriah.

Aku sungguh bersedia untuk syawal. Berbanding dengan tahun lalu aku terbang pada malam raya. Baju Melayu pun dah siap beli. Tahun lalu aku dan keluarga langsung tak beli baju Melayu. Tahun ini nyata berbeza dari segi suasana dan rezeki yang Tuhan beri. Walau ala kadar tapi rezeki Tuhan itu tidak terkira.

Apa pun rasa rindu pada pasar Satok tetap ada. Aku tersenyum mengenang pengalaman lalu. Hidup ini penuh nostalgia.


Perpustakaan Selangor yang baru - Rumah kedua anda






Aku
bersyukur berada di negeri Selangor. Negeri yang punyai banyak tempat yang baik untuk berbicara tentang konsep dan rekabentuk.

Aku berkunjung ke Perpustakaan Selangor yang baru. Berkonsepkan perpustakaan sebagai rumah kedua.

Bertepatan dengan konsepnya, rekabentuk senibina dan dalamannya memang cool. Memang kalau lepak situ, tiga jam berlalu tak terasa. Disinilah pentingnya rekabentuk didalam mengubah suasana ruang.

Sangat cozy...colorful...rilex...aku seronok tengok kanak-kanak enjoy membaca. Sesuai untuk membina generasi yang kreatif dan dinamik.

Neo Kampung



satu tugasan yang pernah diberikan pada aku adalah merekabentuk grafik bagi projek Neo Kampung. Beberapa tahun yang lalu ia di kenali sebagai Cyber Kampung. Sebelum ke Sarawak tahun lalu aku juga menyumbang untuk rekabentuk pembangunan bagi projek ini.

Konsepnya ialah untuk melahirkan perkampungan berbentuk baru. Tapi bincang punya bincang, cakap punya cakap segala usaha ini berakhir sia-sia sahaja.

Tapi ia adalah idea yang baik. Cuma kita perlu suntikan dana, lokasi yang bagus, projek ini boleh di komersialkan.

ke UMK












aku ke Universiti Malaysia Kelantan untuk usaha ku membuat kajian tentang Rekabentuk Kediaman Para Aulia Nusantara. Alhamdulillah negeri Kelantan telah mempunyai universitinya sendiri, yang aku lihat not bad dan punyai barisan tenaga kakitangan yang mantap juga.

Kelebihannya pada aku adalah dari segi psikologi persekitaran. Jauh dari kesibukan ibu kota. Kesempatan ini aku ambil juga untuk malawat Mesjid Muhammadiah, Istana Balai Besar, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh, Pantai Sabak dan Cahaya Bulan. Tempat-tempat mengimbau banyak nostalgia silam.

Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas ini menjadi port nombor dua aku. Kajian ini akan menjadi menarik, kerana ia datang dari minat yang mendalam, dari lubuk hati aku sendiri.

Monday, August 15, 2011

Lesotho




aku terlibat dalam projek rekabentuk sebuah kampus baru di Lesotho..bayak kritikan dan cabaran.. bila kita buat projek untuk org lain kita buat je apa yang orang nak..

apapun kerja tu adalah kerja kita..yang baik tu adalah dari kita ..open up my mind