Monday, August 22, 2011

Ramadhan Ini..Syawal Ini - Pasar Satok ke Bandar Kinrara



Ramadhan ini aku tidak lagi sendiri seperti Ramadhan lalu. Aku gembira dengan keluarga, di Bandar Kinrara, memasak dan berbuka bersama keluarga. Syukur alhamdulillah. Seronok ber tarawikh. Sungguh meriah dan terasa keberkatan.

Ramadhan lalu aku sendiri, rasanya tak pernah bersahur. Paling hebat aku berbuka dengan merayau di Pasar Satok, beli dan makan terus bila masuk waktu ketika masih di pasar, kerana di Sarawak waktu berbukanya awal pukul 6.30. Waktu malam tepian pekan Satok akan penuh
dengan manusia membeli baju raya. Aku akan berjalan menumpang suasana.

Selalunya aku bersyukur dengan masak telor goreng dengan kicap, makan dengan nasi. Kekadang tambah fishball.

Tapi yang pahit tak semestinya kurang elok. Pahit juga boleh menjadi ubat. Aku bersyukur aku rasa semua.
Makanan jauh berbeza di Kinrara. Sehebat nasi Khabsah, Pai Ayam, Laksa Kari. Rezeki Allah melimpah ruah.

Paling syukur adalah bertarawikh di Kinrara, lepas tarawikh makan free. Suasana sungguh meriah.

Aku sungguh bersedia untuk syawal. Berbanding dengan tahun lalu aku terbang pada malam raya. Baju Melayu pun dah siap beli. Tahun lalu aku dan keluarga langsung tak beli baju Melayu. Tahun ini nyata berbeza dari segi suasana dan rezeki yang Tuhan beri. Walau ala kadar tapi rezeki Tuhan itu tidak terkira.

Apa pun rasa rindu pada pasar Satok tetap ada. Aku tersenyum mengenang pengalaman lalu. Hidup ini penuh nostalgia.


No comments: