jemput datang ke muzium seni sarawak, 1 july 2010..
Monday, June 21, 2010
drago sirries
Monday, May 17, 2010
alam dan budaya di Bali
menjejak ke pulau Bali mengundang pelbagai memori..dari sudut rekabentuk..Bali tidak dapat lari dari ketulenan senibinanya, rekabentuk ruang yang mempunyai semangat Bali dan pemandangan indah berlatarbelakangkan candi-candi yang mempunyai kisah tersendiri..
metos-metos yang didewakan menjadi adat dan diterjemahkan kepada persekitaran yang unik..itulah Bali yang aku lihat..
apa ada di Bali..ruang - ruang yang menyentuh rasa..dengan alam begitu dekat dengan insan..elemen air, cahaya, udara dan hijauan ada di setiap ruang..di adaptasikan dengan budaya melalui ukiran dan susun atur ruang...
kotemporari bertemu budaya tropikal dan tradisi..itulah Bali
Tuesday, April 27, 2010
kita bermimpi lagi

manusia perlu kepada mimpi..impian dan khayalan..tiap manusia berkhayal untuk lari dari realiti..
umpama bapa yang khayalkan rumah besar untuk anaknya, realitinya dia tidak mampu..hanya menyewa di rumah kos rendah..
untuk apa dia bermimpi..untuk semangat
si miskin yang mimpikan hidup serba ada..sedangkan realitinya perut lapar dan malam tak tahu nak baring di kaki lima mana..
untuk apa dia bermimpi..untuk harapan
orang besar mimpinya besar..orang susah mimpinya untuk senang..
mari kita berkhayal sekejap..kita rancang dan kita buat..selangkah kita berjalan..semakin maju kita kedepan..kita jatuh kita bangun semula..kita sedih dan kita ketawa..tidak ada yang mustahil..
pastikan mimpi kita mimpi besar..khayal yang hebat-hebat..kerana kita manusia hebat..kita ubah realiti
Subscribe to:
Posts (Atom)













