Tuesday, October 19, 2010

revolusi senibina - stadium olimpik










1896..olimpik di Athens bermulalah era olimpik moden..gelanggangnya kecil











1904 di St Louis masih lagi seperti suasana sukan sekolah..









revolusi industri telah merubah sedikit senibina dengan
penggunaan besi keluli sebagai elemen senibina 1924 di Paris











German menunjukkan kehebatan teknologinya pada tahun 1936 sebelum menunjukkan kekuatan ketenteraan di Pera
ng Dunia Ke 2










Munich memperkenalkan Tensile Membraine

Penggunaan Space Frame sructure di perkenalkan di Sidney







Beijing 2008 menonj
olkan senibina fiber dan bubble energy dipanggil juga
stadium sarang burung..- Cina telah menjadi kuasa besar dunia





Stadium Aquatic Olimpik 2012 menonjolkan senibina
liquid dinamik...


senibina terus berubah...olimpik menonjolkan kehebatan sukan dan perubahan era..terutamanya bahasa senibina.. kita menjadi pemerhati, pengikut dan mahu menjadi pendahulu.. dunia senibina semakin maju..semakin maju..semakin maju..

Malaysia dimana




Monday, October 18, 2010

senibina kolonial untuk bangsa yang terjajah




portugis telah menjadikan Melaka sebagai koloninya pada kurun ke 16.. hingga hari ini tersergam kota A Famosa, Gereja St Paul..kemudian kurun ke 17 Belanda meninggalkan Stadehuys..yang berwarna merah.. maka masyurlah Melaka dengan tinggalan penjajah itu..
Britsh pula meninggal lebih banyak tinggalan senibinanya.. menjajah kita pada kurun ke 18 dam membawa masuk senibina Reinassance mereka sedangkan ia tiada apa-apa kaitan dengan susur galur senibina setempat melainkan pengaruh Rome dan Greek..Penang Free School..sekolah inggeris pertama di Asia Tenggara..

Bangunan Sultan Abu Samad, Stesen Keretapi lama memberi bekas yang lebih kuat yang menyatakan kita bangsa yang dijajah..melalui senibina

di Borneo ini..aku sedih melihat Astana dan Fort Margaretta..sedangkan kesultanan Brunei yang Islam itu memerintah berkurun lamanya..mana bekasnya..

senibina itu satu statement..memberi imej yang kekal ..

aku seronok melihat Putrajaya..aku gembira..inilah senibina kita..Malaysia punya.. bangsa yang bangkit selepas dijajah.. ciri bangsa berilmu dengan budaya baru

Wednesday, October 13, 2010

bisnes sewa pakaian tradisional



malam tadi aku tak boleh tidur asyik fikir tentang bisnes ni..idea ni aku dapat semasa melawat cultural village..

pakaian tradisional di malaysia memang unik..aku pun teringin nak cuba..tapi selain dari mak andam..tak ada tempat yang tawarkan sewa pakaian untuk ambil gambar sekejap..

kalau buat bisnes sewa baju tradisonal untuk pelancong di tempat bersejarah seperti di water front kuching, sarawak dan bandar hilir melaka tentu bagus..di samping menyumbang kepada pelancongan ..

pelancong boleh menyewa baju untuk bergambar kenangan dan khidmat jurukamera juga boleh disediakan..

mesti seronok pelancong dapat bergambar sambil possing berpakaian tradisional tempatan

Tuesday, October 12, 2010

selangkah lagi??


tiba-tiba aku dapat call dari UNIMAS... aku perlu ke sana untuk ambil surat tawaran..akhirnya reserch proposal aku diterima.. teknologi rekabentuk - animasi...ia datang ketika cyberjaya memanggil-mangil aku pulang.. kenapa surat ini tak datang beberapa bulan yang lalu ketika aku bersemangat untuk ada di disini?..hidup ini memang pelik.. selalu memberi kita persimpangan.. unimas atau cyberjaya..paling pelik bila banyak pulak simpang yang muncul dalam mind map aku.....ketika ini kebosanan dan kerinduan pada kuala lumpur aku tiba-tiba mengecil... hati kecil aku berbisik.. aku mahu melangkah lagi..tapi......


Monday, October 11, 2010

terbang lagi


bertugas dikuching buat aku selalu terbang.. dari kuching ke kl.. beberapa perkara selalu menjadi sesuatu yang jadi hiburan bagi aku..

di balai menunggu..
biasanya kena check-in sejam awal..lepas daftar masuk aku lepak tengok tv..kurang shopping sebab harga di airpot ni mahal sket..tengok gelagat orang..kekadang aku tersenyum bila lihat orang yang macam bangga gila dapat naik kapal terbang..kalau flight delay kekadang aku tertidur..

menjeling peramugari..semua lelaki pasti buat benda ni.. pinggang macam kerengga.. pastu terfikir kalau
lah awek aku tinggi dan cun macam ni..memang indahnya kehidupan..

duduk di kerusi sempit..naik bas lagi best.. sebagai lelaki tinggi aku selalu ra
sa tersiksa..susah nak lunjurkan kaki..aku akanbengkok dan naikkan kaki aku ke atas..memang nampak kurang ajar tapi tak selesa nak buat cemana..bersebelahan dengan macam-macam manusia menjadi rutin biasa bagi aku.. ada sekali tu mamat tu macam ada asma..nafas dia lain macam tapi alhamdulillah takde apa-apa..sekali tu aku duduk sebelah awek seksi.. berpeluh aku cuba kawal diri dari toleh ke arah dia....

terbang dan melihat awan.. dari atas ...menjadi sesuatu yang unik..kalaulah aku dapat terbang..aku mula terbayang mesti orang zaman hang tuah dulu ada yang mampu terbang dan lihat awan dari atas.. cool..


Monday, October 4, 2010

istana pasir


bersama pelajar bagi subjek history and culture membina istana pasir di pantai pasir pandak sarawak.. aku rasa best..walau cuaca panas aku happy bila tengok pelajar bersemangat.. aku menguji ingatan mereka terhadap tamadun -tamadun senibina yang aku ajar..dengan membina istana pasir berdasarkan tamadun silam..ada yg macam piramid mesir, ada macam piramid maya (untuk berkomunikasi dengan makhluk asing?), ada yang macam gothic..

menarik..macam pesta.. kesudahannya pelancong pung ambil gambar dengan pelbagai istana pasir yang dibina..


membina impian dalam hidup ini adakah seperti hidup ini umpama membina istana pasir?.. kita bina ..kita gembira..dan kita robohkan?

Saturday, October 2, 2010

sukarnya mencapai awan


setiap langkah yang kita lakukan perlu hati-hati.. kerana umpama melempar bola ke dinding pasti akan melantun ke kita semula.. malas kita hari ini mengundang susah hari esok.. rajin kita kita hari ini memberi banyak kelebihan untuk keesokan harinya..

sudah penghujung tahun 2010.. langkah aku sudah hampir ke penghujung..untuk tahun ini..perlu sudahkan semua module untuk semester ini.. disamping mengemaskini artwork untuk pameran solo..bertongkat paruh pun akan aku usahakan..disamping usaha mengumpul modal..

seperti ramalan..aku akan mengahadapi kesukaran di suku ketiga 2010.. cukuplah sudah.. kalau aku berjaya buat pameran solo..aku sudah puas hati untuk portfolio aku..

memikirkan langkah untuk mencari pengalaman baru, melihat dunia yang lain dan memperbaiki diri.. lagi dan lagi..

untuk mencapai awan bukan mudah.. 2010 aku selalu tergelincir.. bak kata pepatah buang saja semua makanan basi..jangan sayang..

hidup aku umpama menulis helaian-helaian blog ini.. cerita demi cerita.. mungkin satu hari nanti aku akan menulis yang aku sudah mencapai awan?