portugis telah menjadikan Melaka sebagai koloninya pada kurun ke 16.. hingga hari ini tersergam kota A Famosa, Gereja St Paul..kemudian kurun ke 17 Belanda meninggalkan Stadehuys..yang berwarna merah.. maka masyurlah Melaka dengan tinggalan penjajah itu..
Britsh pula meninggal lebih banyak tinggalan senibinanya.. menjajah kita pada kurun ke 18 dam membawa masuk senibina Reinassance mereka sedangkan ia tiada apa-apa kaitan dengan susur galur senibina setempat melainkan pengaruh Rome dan Greek..Penang Free School..sekolah inggeris pertama di Asia Tenggara..
Bangunan Sultan Abu Samad, Stesen Keretapi lama memberi bekas yang lebih kuat yang menyatakan kita bangsa yang dijajah..melalui senibina
di Borneo ini..aku sedih melihat Astana dan Fort Margaretta..sedangkan kesultanan Brunei yang Islam itu memerintah berkurun lamanya..mana bekasnya..
senibina itu satu statement..memberi imej yang kekal ..
aku seronok melihat Putrajaya..aku gembira..inilah senibina kita..Malaysia punya.. bangsa yang bangkit selepas dijajah.. ciri bangsa berilmu dengan budaya baru
No comments:
Post a Comment