Tuesday, October 19, 2010

Melaka Maju?


Syabas aku ucapkan kepada negeri kesayangan ku kerana mendapat pengiktirafan sebagai negeri maju walau ianya dari yang amat berhormat perdana menteri..aku tak tahu sama ada UN iktiraf atau tidak..

setahu aku negeri maju di ukur dari kadar Human Development Index (HDI) yang mengukur tahap kehidupan serta pendapatan penduduknya, yang mana Malaysia masih pada kadar index HDInya 0.800 sama seperti negara di Amerika Selatan dan kebanyakan negara Arab. Sedangkan Singapura, Jepun dan Australia telah mencapai index HDInya 0.950 keatas

Selain dari itu diukur juga GDP dan tahap inovasi perindustrian negara tersebut..

secara fizikalnya juga aku masih tidak melihat Melaka setaraf dengan Jepun, Singapura dan Australia..jangan ukur U.S yang memang jauh..

aku takut kita cepat berpuas hati dan menyatakan kita sudah maju.. perjalanan kita masih jauh.. kita mungkin maju sedikit.. tapi kita perlu lebih maju

setakat pakai handphone dan pandu kereta, penduduk Indonesia pun begitu tapi index HDI mereka hanya di bawah 0.700
aku faham negeri Melaka telah berusaha keras..memajukan negeri..kita beri sedikit masa..kenapa tidak 2020..baiki lagi segala prasarana terutamanya pendapatan perkapita penduduk perlu di tingkatkan..

kita tidak ada landasan keretapi laju..dari Melaka ke Kuala Lumpur, tidak ada penerbangan terus dari Singapura ke Melaka, kerana Melaka masih lagi bukan spot perdagangan yang penting. Kenapa kuasa beli penduduk Melaka masih lemah dan kurang produk hasil dari Melaka.

Melaka ada tarikan penting, iaitu industri pelancongan.. kita mampu maju seperti New Zealand yang juga berorientasikan agro pelancongan yang telah di iktiraf oleh IMF sebagai negara maju. Kita majukan industri pelancongan kita. Setiap spot pelancongan di Melaka harus bertaraf antara bangsa. Bukan sekadar ada.

Kita sudah ada asas.. kita usaha lagi. Aku tetap bangga sebagai anak Melaka..dan menyokong usaha kerajaan..terutama usaha memajukan teknologi hijau..bila usaha itu sudah berjaya.. pendapatan rakyat meningkat..tak malu aku nak kata Melaka sudah maju

4 comments:

apek said...

helmi.. artikel yang bagus agar semua penjawat awam di negeri Melaka tidak cepat berpuas hati. Moga mereka berusaha lebih kuat dan aku sebagai rakyatnya menyokong sepenuh hati.

Aku pernah dengar Tok Ali cakap, kita maju tapi di tahap second class lower. dan 10 tahun kedua ini kita ingin capai first class negeri maju.

Mudah-mudahan tercapai. InsyaAllah

novanexus said...

harap kau tak kecil hati dengan kritikan aku

apek said...

apa plak nak kecik hati. kita dah matang menilai.. Bagi aku org yang bersetuju 100% bukan semestinya sahabat yang baik

novanexus said...

maklumlah orang Melaka ada kahau sket..