Wednesday, October 27, 2010

this is my life


ada kawan aku berkata...kenapa kita risau sangat tentang hidup sedangkan kita akan mati.. aku termenung sebentar..aku pernah satu masa dulu bermimpi buruk tentang hari kematian ku..memang saat mati itu sesuatu yang merisaukan..dan mimpi itu berakhir dengan satu suara yang menyatakan pada aku yang "mati itu adalah permulaan bagi perjalanan yang panjang"..

buat aku berfikir.. aku pernah belajar dulu yang alam hidup kita di bahagikan kepada 5 peringkat:

1) Alam Rahim (dalam perut ibu)
2)Alam Fana (kehidupan dunia)
3)Alam Barzakh (kubur)
4)Alam Masyar (hari perhitungan)
5) Alam Akhirat (syurga atau neraka)

bererti sekarang aku berada di alam yang ke dua..alam fana..panjang sedikit dari alam rahim..didalam kubur nanti pasti lebih lama..diikuti dengan alam -alam lain

satu hari kita akan mati..bukan saja mati..aku akan ke alam yang lain-lain..sangat jauh..

tapi memang beginilah aktiviti aku di alam ini.. alam kehidupan yang fana..beginilah aku hidup..berkerja, berkomunikasi, berkawan dan bermasyarakat..

kalau ditanya kenapa aku perlu risau dengan dunia sedangkan aku akan mati.. mati itu sudah tentu..hidup ini yang belum tahu.. kerana hidup ini yang menjadi penentu segalanya..hidup dengan penuh maruah, penuh timbang tara dan beretika..

tak perlu kita sombong dengan mengatakan kita mengingati mati.. aku hidup..menjalani takdirku..diuji setiap detik.. berjuang setiap masa.. mengharapkan esok yang lebih baik

dan tak perlu pula kita sombong dengan hidup kita.. kerana hidup itu pasangannya mati..

Friday, October 22, 2010

Menara Warisan atau pendidikan percuma


PM membentangkan belanjawan baru dengan impak yang tak berapa meletup..Menara Warisan 100 tingkat.. bagus untuk imej negara..ada satu lagi bangunan High Tech di Malaysia...

tapi kalau diberi pilihan..aku lebih suka duit tu disalurkan kepada pendidikan..atau perubatan..seperti di sesetengah negara maju pendidikan dan perubatan adalah percuma..

dari sudut senibina pun cubalah kita lihat sekolah di Malaysia.. aku rasa Tun Mahathir pernah tegur design sekolah kita macam kotak mancis..

lihat contoh beberapa sekolah yang aku copy paste kan.. sekolah di Melbourne , Australia dan Singapura..bandingkan dengan sekolah di Malaysia..

di Malaysia kita terpaksa berhutang untuk belajar..ini bukan mimpi aku seorang..ini mimpi 1 Malaysia..mimpi 1 Malaysia

Wednesday, October 20, 2010

beca melaka..berilah nafas baru






ini idea yang xtravaganza bagus..untuk waterfront Melaka dan Kuching..di Melaka punya la banyak beca.. aku penah la naik..saja nak suka-suka..dari hujung A famosa ke jam besar di Stadehyse aku ke bayar RM20 ..menyumpah dalam hati aku... mahal

kalaulah beca tu sewa ikut jam..sejam RM 10..aku rasa puas aku ronda..design janganlah itu..saja..bagilah unik sikit..


boleh buat..aku rasa ada dah d
i Danga Bay Johor Baru..ini bukan idea baru..cuma tak di buat di Melaka..

kalau ada pasti best.. tak la penat berpeluh pelancong..boleh pusing-pusing dari A Famosa ke Bangunan Merah Stadhyse...

bisnes outdoor cinema


kedai mamak banyak tunjuk bola dekat skrin besar.. mungkin idea ni agak biasa..tapi boleh buat jadi luar biasa denagn lokasi yang baik seperti di waterfront kuching dan sungai melaka...tambah dengan sound sistem yang bagus serta teknologi 3D..memang meletup..tapi selain itu elemen sejarah juga harus di tekan kan untuk menambah kuat lagi identiti pelancongan setempat..

gambar ni kat sidney..bayangkan lah berlatarbelakang kan pelabuhan melaka yg bersejarah..

Tuesday, October 19, 2010

Melaka Maju?


Syabas aku ucapkan kepada negeri kesayangan ku kerana mendapat pengiktirafan sebagai negeri maju walau ianya dari yang amat berhormat perdana menteri..aku tak tahu sama ada UN iktiraf atau tidak..

setahu aku negeri maju di ukur dari kadar Human Development Index (HDI) yang mengukur tahap kehidupan serta pendapatan penduduknya, yang mana Malaysia masih pada kadar index HDInya 0.800 sama seperti negara di Amerika Selatan dan kebanyakan negara Arab. Sedangkan Singapura, Jepun dan Australia telah mencapai index HDInya 0.950 keatas

Selain dari itu diukur juga GDP dan tahap inovasi perindustrian negara tersebut..

secara fizikalnya juga aku masih tidak melihat Melaka setaraf dengan Jepun, Singapura dan Australia..jangan ukur U.S yang memang jauh..

aku takut kita cepat berpuas hati dan menyatakan kita sudah maju.. perjalanan kita masih jauh.. kita mungkin maju sedikit.. tapi kita perlu lebih maju

setakat pakai handphone dan pandu kereta, penduduk Indonesia pun begitu tapi index HDI mereka hanya di bawah 0.700
aku faham negeri Melaka telah berusaha keras..memajukan negeri..kita beri sedikit masa..kenapa tidak 2020..baiki lagi segala prasarana terutamanya pendapatan perkapita penduduk perlu di tingkatkan..

kita tidak ada landasan keretapi laju..dari Melaka ke Kuala Lumpur, tidak ada penerbangan terus dari Singapura ke Melaka, kerana Melaka masih lagi bukan spot perdagangan yang penting. Kenapa kuasa beli penduduk Melaka masih lemah dan kurang produk hasil dari Melaka.

Melaka ada tarikan penting, iaitu industri pelancongan.. kita mampu maju seperti New Zealand yang juga berorientasikan agro pelancongan yang telah di iktiraf oleh IMF sebagai negara maju. Kita majukan industri pelancongan kita. Setiap spot pelancongan di Melaka harus bertaraf antara bangsa. Bukan sekadar ada.

Kita sudah ada asas.. kita usaha lagi. Aku tetap bangga sebagai anak Melaka..dan menyokong usaha kerajaan..terutama usaha memajukan teknologi hijau..bila usaha itu sudah berjaya.. pendapatan rakyat meningkat..tak malu aku nak kata Melaka sudah maju

stadium hebat di China


rekabentuk akan datang lebih menekankan sustainability dan rekabentuk hijau..dalam aku mengkaji rekabentuk stadium..aku terjumpa stadium ini..yang akan dibina di China..ia adalah multipurpose..boleh menjadi Park dan bertukar menjadi Stadium..teknologi yang mudah seperti London Bridge yang boleh buka dan tutup..

melihat rekabentuk ini..alangkah baiknya kalau di Malaysia juga
mula membina binaan yang pintar...


revolusi senibina - stadium olimpik










1896..olimpik di Athens bermulalah era olimpik moden..gelanggangnya kecil











1904 di St Louis masih lagi seperti suasana sukan sekolah..









revolusi industri telah merubah sedikit senibina dengan
penggunaan besi keluli sebagai elemen senibina 1924 di Paris











German menunjukkan kehebatan teknologinya pada tahun 1936 sebelum menunjukkan kekuatan ketenteraan di Pera
ng Dunia Ke 2










Munich memperkenalkan Tensile Membraine

Penggunaan Space Frame sructure di perkenalkan di Sidney







Beijing 2008 menonj
olkan senibina fiber dan bubble energy dipanggil juga
stadium sarang burung..- Cina telah menjadi kuasa besar dunia





Stadium Aquatic Olimpik 2012 menonjolkan senibina
liquid dinamik...


senibina terus berubah...olimpik menonjolkan kehebatan sukan dan perubahan era..terutamanya bahasa senibina.. kita menjadi pemerhati, pengikut dan mahu menjadi pendahulu.. dunia senibina semakin maju..semakin maju..semakin maju..

Malaysia dimana