Monday, September 19, 2011

2011 mengalir deras

setahun lagi..jika waktu ini pada 2010 aku di Sarawak..tenggelam dalam dunia glamour sebagai artis terkenal, waktu ini 2011 aku hanya berkejaran ke tempat kerja, sambil membesarkan perut ku..

rancangan untuk adakan exhibition tak menjadi, rancangan untuk sambung belajar pun tak berjalan..

apa yang aku lalui hanyalah rutin biasa seorang bapa yang seronok dengan dunia famili....

tapi aku bersyukur abah yang terkena serangan stroke semakin pulih..kerana abahlah aku dapat pindah semula ke Cyberjaya..kerana surat doktor..akibat stroke..

aku lalui Ramadhan dengan tenang dan bahagia..berhari raya dengan meriah walaupun tak seberapa..

tapi dalam diam aku mula sedar yang aku sangat bahagia sekarang...bersama keluarga tercinta..

seperti biasa aku akan tanya apa yang telah aku capai pada 2011 ini..

aku dapat menonton wayang bersama anak2..Green Lantern,Smurf, Johnny English banyak lagi aku tak ingat..melihat anak aku masuk Tae Kwan Do..sparring..aku minta dia rakam setiap kali dia sparring..gembira belikan mereka mountain bike baru..biar glamour bila ke sekolah..kami gembira berkhemah bersama, main squash bersama..
hari ini dia minta belikan kasut bola untuk main ragbi..aku seronok bila lihat dia membesar menjadi remaja yang lasak

aku gembira kerana tahun ini aku dapat melihat anak2 aku membesar didepan mata..gembira melihat anak2 aku menjadi lelaki2 yang gagah..petah..bijak..gigih..

gembira kerana aku ada keluarga yang bahagia..

gembira melihat abah semakin kuat..semakin sihat..

semuanya lebih bernilai dari kejayaan aku sendiri yang bersifat individu..

2011 aku gagal menjadi manusia luarbiasa..tapi aku istimewa dihati mereka yang aku sayang

Sunday, August 28, 2011

jalan kenangan 1





Balik ke Melaka aku sempat melawat semula sekolah-sekolah aku dulu..tempat aku mula mengenal ilmu, menimba pengalaman dan mencari kehidupan...Sekolah Kebangsaan Bkt Beruang..kenangan aku semasa Peperiksaan Penilaian Darjah 5, berpengakap, main bola sepak, jadi ketua murid..

kemudian aku ke Sekolah Tinggi Melaka ..tempat aku jadi budak nakal...melawat kembali Bus Station Melaka..yang kini terbiar sebab Melaka sudah ada Melaka Central....

semuanya menjadi jalan kenangan..yang perlu masa yang panjang untuk diceritakan semula..

Wednesday, August 24, 2011

malam-malam terakhir



tak lama lagi raya..ramadhan akan berlalu pergi...isu baju baru, ketupat, lemang, kurma dan rendang yang menjelma..

aku didik diri aku untuk ke Mesjid di hujung-hujung ramadhan ini.. peluang terakhir..kesan-kesan latihan makin terasa..hati semakin sayu, jiwa semakin tenang, syukur semakin meningkat..nikmat ibadah mula terasa..

ramadhan mengajar, duit, makan minum, hiburan bukan segalanya dalam hidup.. hidup untuk ibadah dan mengenang allah..iman dan amal.. baru dapat ketenangan, kemenangan dan kebahagiaan


tapi itu semua hadir bila ramadhan sudah ke penghujung..

balik kampung, keluarga berkumpul, jumpa saudara, anak buah ipar duai..lihat ibu abah..sedih dan sayu..satu hari nanti kita akan tua seperti mereka..

aku akan ke melaka..ke kota tinggi.. makan puas-puas..sembang puas-puas..

apa yang cool tentang hari raya..lihat orang shopping, drive di highway, lihat anak kecil gembira, tarawikh dan ibadah malam... keajaiban berlaku di ramadhan..di seluruh alam

Tuesday, August 23, 2011

Rekebentuk UiTM Rembau


Ini interior design hostel untuk UiTM Rembau. Guna skim warna putih je..sempoi.. biar cerah.. Penat aku layan projek ni..bila la nak kaya

Terbaru Kampus Lesotho






Nak raya ni aku di sibuk kan dengan tugasan mereka bentuk Kampus Lesotho.. ini perkembangan terbaru..

Monday, August 22, 2011

Button Design



beberapa rekabentuk Pin Button oleh aku untuk Faculty of Architecture and Built Environment

Ramadhan Ini..Syawal Ini - Pasar Satok ke Bandar Kinrara



Ramadhan ini aku tidak lagi sendiri seperti Ramadhan lalu. Aku gembira dengan keluarga, di Bandar Kinrara, memasak dan berbuka bersama keluarga. Syukur alhamdulillah. Seronok ber tarawikh. Sungguh meriah dan terasa keberkatan.

Ramadhan lalu aku sendiri, rasanya tak pernah bersahur. Paling hebat aku berbuka dengan merayau di Pasar Satok, beli dan makan terus bila masuk waktu ketika masih di pasar, kerana di Sarawak waktu berbukanya awal pukul 6.30. Waktu malam tepian pekan Satok akan penuh
dengan manusia membeli baju raya. Aku akan berjalan menumpang suasana.

Selalunya aku bersyukur dengan masak telor goreng dengan kicap, makan dengan nasi. Kekadang tambah fishball.

Tapi yang pahit tak semestinya kurang elok. Pahit juga boleh menjadi ubat. Aku bersyukur aku rasa semua.
Makanan jauh berbeza di Kinrara. Sehebat nasi Khabsah, Pai Ayam, Laksa Kari. Rezeki Allah melimpah ruah.

Paling syukur adalah bertarawikh di Kinrara, lepas tarawikh makan free. Suasana sungguh meriah.

Aku sungguh bersedia untuk syawal. Berbanding dengan tahun lalu aku terbang pada malam raya. Baju Melayu pun dah siap beli. Tahun lalu aku dan keluarga langsung tak beli baju Melayu. Tahun ini nyata berbeza dari segi suasana dan rezeki yang Tuhan beri. Walau ala kadar tapi rezeki Tuhan itu tidak terkira.

Apa pun rasa rindu pada pasar Satok tetap ada. Aku tersenyum mengenang pengalaman lalu. Hidup ini penuh nostalgia.