Monday, August 30, 2010

hari merdeka yang pahit


sunyinya hari ini..31 ogos 2010..lagi seminggu hari raya..di satok hari ini hanyalah seperti hari biasa..kalau di kl malam tadi dataran merdeka penuh orang..menara tinjau dan genting highland juga pasti penuh..meriah untuk melihat sambutan, persembahan dan pertunjukan bunga api..


semalam aku duduk di water front.. melihat manusia..sedikit saja letupan bunga api dapat dilihat.. ratusan manusia mundar mandir.. tapi pemandangan waterfront di waktu malam dengan limpahan lampu memang menarik..


pasar ramadhan tidak lagi meriah..aku sudah hafal semua juadah..tiada lagi yang baru..cuma tapai sarawak saja yang aku tak cuba..sebab agak pelik berbuka puasa dengan tapai..


cuma berbuka puasa pastinya hambar jika sendirian begini.. indahnya berbuka bila bersama keluarga..aku tiada keluarga di bumi sarawak ini..


hari hari aku habiskan dengan melayari internet dan menonton history channel..sendir..


aku masih disini..sendirian ditempat bernama satok..jauh dari segala kemewahan yang pernah aku lalui..masa berlalu kosong..dalam kelam untuk melabur masa depan ku disini atau hijrah lagi mencari harapan..


dunia ini masih luas.. aku hampir putus asa untuk meneruskan pengajian.. semangat untuk mendaki lagi hampir patah.. apa yang aku cari disini..apa yang ada hanyalah kehidupan yang kosong.. buat aku rasa nak cari kehidupan baru di bumi lain..


mungkin betul aku tidak dapat apa yang aku inginkan dalam hidup.. aku tidak akan dapat selagi sibuk mengeluh dan melayan perasaan..


ada beza diantara a champion and a looser..


champion adalah seorang yang dahagakan kejayaan dan pahit getir adalah sebahagian dari hidupnya..kemudian dia kenyang dengan kejayaan..


looser adalah seorang yang kalah setiap hari..kalah bila ada halangan..selagi ada halangan selagi itulah dia kalah..yang membuatkan hidupnya hanya melihat halangan..dan itulah yang dia perbesarkan..sedangkan dalam hidup pasti ada ujian dan cabaran..


sempena hari merdeka ini..aku abadikan hari ku ini untuk membaca kisah-kisah pemimpin dan pahlawan terbilang.. yang mereka korbankan masa mereka.. untuk kejayaan..


kerana aku perlu korbankan sedikit rasa bosan..tidak puas hati dan keluh kesah ku..kerana mana tahu..satu hari aku akan berjaya..


mungkin hari merdeka yang pahit ini harus aku telan sebagai ubat..


No comments: