Wednesday, August 11, 2010

malam-malam yang sunyi


hari ni aku keluar dari wad.. ini adalah kali ke 3 aku menginap di hospital besar Melaka..kali pertama semasa umur aku 9 tahun..diwad kanak-kanak kerana denggi..hari ini aku terlantar di wad dewasa pun kerana denggi..


suasana tak berubah.. masih begitu..suasana serius semasa rawatan..suasana riuh masa lawatan dan sunyi diwaktu malam masih tidak berubah..


Pak Cik Salleh yang disebelah katil aku selalu beri semangat..tentang cerita mudanya..kisah semasa jadi polis.. selalu berkelakar..sedangkan sakit batu karangnya lebih perit dari aku..


waktu gembira bila lihat abah dan ibu datang... ketika umur begini aku masih dalam pemerhatian mereka..aku rasa seperti seorang budak kecil.. lebih lagi ketika ibu menyuap makanan ke mulut ku..walau aku sebenarnya rasa tak berselera untuk makan..
rasa rindu pada kampus..student..kawan-kawan..membuak-buak..aku sangka tinggal di borneo tu sunyi..tapi sendirian di hospital jauh lebih sunyi..


ramadhan kali ini buat aku termenung jauh.. ketika sendi ku masih sakit..kepala ku masih berdenyut..


betapa aku manusia kerdil..sungguh tak hebat

No comments: