Wednesday, September 22, 2010

kickboxing


kickboxing-muaythai-tomoi-tinju siam..semuanya serupa bagi aku..aku belajar dari seorang guru berbangsa cina.. setelah aku belasah murid-muridnya yang akan di hantar ke Asia Martial Art Championship..kenangan itu itu menjadi sangat manis untuk aku..

aku suka fight di ring.. sebab untuk pertandingan kita buat banyak persiapan untuk menjadi fit..

satu falsafah tomoi yang aku masih pegang hingga hari ini ialah..counter..bila kita kena tumbuk kita counter semula..dia sakit kita sakit..biar sama-sama sakit..

hidup ini seperti tomoi..kuat bukan bererti hebat.. kuat ialah bila kita jatuh di belasah..kita bangun dan lawan semula..bangun lagi lawan lagi..

hari ini sesuatu telah terjadi pada aku..rasanya seperti kena tumbukan t.k.0.. bangun.. lawan..

Tuesday, September 21, 2010

bidayuh kids


aku buat artwork semasa mengajar student buat photo manipulation..aku namakan bidayuh kids..satu suku dayak yang ada di borneo..mereka masih mempertahankan budaya hidup di rimba..bangga dengan panggilan orang gunung..

tapi tuntutan hidup tidak lagi mengizinkan mereka terus di perkampungan dipinggiran gunung..

mereka terjangkit juga dengan kemodenan

Monday, September 20, 2010

senibina dan masyarakat china



aku pernah tinggal di rumah kedai cina semasa umur aku lima tahun..aku ingat lagi rumah itu panjang, ada courtyad di dalamnya..memang selamat..sebab aku tak payah keluar untuk main..hanya main dalam rumah...di courtyard yang besar itu


kaum cina datang ke malaysia se awal abad ke 15 semasa pemerintahan kesultanan melaka.. sampai sekarang masih ada bukti sejarah itu iaitu kaum baba dan nyonya, serta bukit cina di melaka.
akrabnya hubungan kesultanan melaka dan kerajaan china dapat dilihat melalui persamaan senibina melaka dengan china..kalau berkunjung melaka dapat lihat rumah melaka dan mesjid mempunyai ciri senibina dari negeri china..

pada abad ke 17 hingga ke 20 terdapat kumpulan kumpulan baru dari negeri China yang berhijrah. kebanyakannya berniaga dan

bekerja di lombong bijih di negeri-negeri selat.

mereka membawa bersama budaya dan kesenian mereka.

budaya berniaga kaum cina dapat kita lihat di rumah kedai yang mereka bina..

mereka berniaga di tingkat bawah dan tidur di tingkat atas..keperluan seperti air perigi sehinggakan tanaman kecil-kecilan boleh di dapati di courtyard .. rumah kedai ini di bina sangat panjang..ada yang sehingga seratus kaki panjang..

senibina kaum cina juga dipengaruhi oleh unsur budaya iaitu kepercayaan Fung Shui.. perkiraan untuk menghindar elemen negatif dan nasib malang..selain itu terdapat juga elemen-elemen air,tanah, api dan angin yang mempengaruhi senibina mereka..

aku suka melawat Jonker street di melaka yang kini menjadi galeri seni yang besar sepanjang jalan, lihat keunikan rumah kedai mereka.

waktu sekarang agak sukar untuk membina senibina sebegitu kerana faktor bandaran dan ekonomi ..

kalaulah aku dapat beli sebuah rumah kedai lama, tingkat bawah aku jadikan galeri..tingkat atas aku buat travelers lodge..

Friday, September 17, 2010

seni mistika borneo




seni telah wujud beribu tahun lamanya..sejak zaman batu lagi..di borneo ni aku suka melihat seni tinggalan orang dahulu, yang masih lagi boleh didapati hingga hari ini ..walau sedikit... melalui tarian, pakaian, makanan, senjata dan hasil ukiran..kalau kita perhatikan semuanya.. kita boleh faham cara sesuatu kumpulan manusia itu berfikir



ukiran kayu (wooden sculpture) dan topeng adalah satu di antaranya..


bercakap tentang ukiran kayu..ia adalah sesuatu yang aku anggap ada unsur mistik..kita boleh lihat corak kehidupan mereka melalui ukiran...contohnya ukiran berupa manusia dayak.. mungkin ia adalah simbol kepada penjaga kawasan mereka..untuk menghalau semangat jahat... sungguh kuat kepercayaan mistik mereka..


begitu juga topeng dayak.. apa bila memakai topeng sambil menari..semangat roh orang yang telah mati masuk ke badan si pemakai..perrgghhh..horror beb..

apa pun ia punya nilai yang berbeza bagi peminat seni..yang mencari sesuatu kelainan.. hidup ini penuh rahsia.. rahsia itu diungkap didalam bentuk yang berbeza.. secara berseni

sebelum aku tinggalkan borneo ni..aku teringin nak buat satu lagi pameran bermotifkan borneo..harap jadi kenyataan..

Wednesday, September 15, 2010

jangan ganyang malaysia


niat aku nak travel ke indonesia terbantut..kerana di tv keluar gambar orang malaysia nak kena ganyang...bendera kita dibakar dan dilempar najis..aku buka forum ganyang malaysia nak tahu kenapa mereka marah sangat..


sebab-sebabnya


1) pulau ambalat..polis marin kita dikatakan menceroboh

2) nelayan mereka ditangkap polis marin kita

3) athlit karate mereka di belasah polis malaysia

4) pembantu rumah indonesia disiksa di malaysia

5) tarian indonesia di gunakan oleh malaysia dalam mempromosikan pelancongan malaysia

6) lagu rasa sayang kita nyanyi sebenarnya berasal dari indonesia

7) makanan kita seperti lontong, lodeh, tempe di claim sebagai dicuri dari masakan indonesia
8)rakyat kita terlibat dalam pengeboman dan keganasan di indonesia


aku rasa kalau sebab inilah nak ganyang malaysia..mereka memang tak guna akal, tak faham sejarah, dah takde kerja nak buat..nak menyusahkan orang lain..


banyak blog tentang ganyang malaysia ni..cerita betapa kayanya indonesia...hasilnya dikatakan kita yang curi..mereka tak faham kita melabur..kita bawa wang ke sana..kita bagi peluang pekerjaan untuk mereka..


bila baca blog mereka kelihatan sungguh patriotik.. aku tak tahu siapa yang mula..dengar ada agensi bodoh yang upah timbulkan propaganda ni..


tunjuklah tentera mereka hebat..no 14 dalam ranking dunia..


aku tak fikir pemimpin mereka yang terpaksa pinjam tabung world bank tu bodoh nak arahkan tentera mereka serang kita.. kalau kerajaan tak nak serang kononnya rakyat akan serang juga tanpa bantuan tentera..


persoalan nya..rakyat yang mana tu..bolehkah mereka nak ganyang malaysia.. memang tak fikir panjang.. berapa kerat yang ada duit nak ke sempadan malaysia tu..

baik gunakan peruntukan perang tu untuk pasang public phone di seluruh negara indonesia..yang sangat susah ..nak kirim wang pun susah..
kesannya rakyat malaysia sudah tak mahu ke nak ke indonesia lagi.. kerana berapa kerat rakyat indonesia yang pendek akal..imej negara terjejas..

inilah bezanya orang kita dengan mereka..kita aman, makmur sejahtera, hidup gembira..sentiasa ada jalan untuk cari rezeki..tak perlu susahkan orang lain..

syukur jadi rakyat malaysia..emo gua beb

melaka sudah berubah



bangganya aku dengan negeri ini..aku habiskan sehari aku dengan menapak di bandar lama melaka...sungainya sudah bersih..sungai melaka inilah yang menjadi tarikan timur dan barat..bila malam sungai ini dilimpahi cahaya.. best gila.. lepak minum kopi sambil lihat panorama bersejarah ini memang syahdu..rasa macam di eropah..


melaka akan kembali gemilang

cumanya aku agak terkilan..aku tidak terlibat dalam perubahan melaka..aku ada jauh..

hari malaysia untuk aku







hari penubuhan malaysia..hari ini16 september 2010..pertama kali aku sedar yang kita harus menyambut hari malaysia.. malaysia hanyalah sebesar ini..ia takkan jadi lebih besar atau lebih kecil..

di malaysia, melayu akan tetap jadi melayu, cina, india, dayak dan kaum yang pelbagai itu..akan tetap dengan sifat dan rupa mereka..cumanya kita melayu malaysia..kita cina malaysia dan kita india malaysia..



malaysia ini..umpama kek yang di potong dan dibahagi bersama..dan aku bayangkan juga ada kanak-kanak yang bergaduh nak dapat bahagian kek yang lebih sedap..lepas puas bergaduh ada yang berkata..aku tak peduli..aku nak lagi..ada yang berkata..asyik kau je dapat lebih aku dapat sikit je..ada juga yang berkata lantak lah..aku boleh cari kek lain..ada juga yang berkata..macam sedap sangat..semua nak berebut (dalam hati bila orang tak nampak aku curi sikit)
apa pun kita patut bangga..ada juga kek yang boleh kita jamah.. dimalaysia semua orang ada tempatnya..



malaysia sudah jadi kotemporari.. pakai kain batik sudah rasa pelik..pakai sari sudah tidak trend.. kita sudah moden...cumanya kita perlu ada identiti..bila aku ke negeri lain aku lihat kuatnya karaktor yang ada pada negeri mereka..contohnya Thailand, Indonesia, India,New Zealand...


aku takut malaysia yang kita sayang ini hilang identitinya.. kita ada seni..kita ada bahasa..kita ada senibina..kita ada budaya sebagai orang-orang malaysia..
bila melihat malaysia..aku rasa banyak yang boleh aku lakukan..
selamat hari malaysia..mungkin bunyinya pelik.. tapi ok juga