Monday, September 20, 2010

senibina dan masyarakat china



aku pernah tinggal di rumah kedai cina semasa umur aku lima tahun..aku ingat lagi rumah itu panjang, ada courtyad di dalamnya..memang selamat..sebab aku tak payah keluar untuk main..hanya main dalam rumah...di courtyard yang besar itu


kaum cina datang ke malaysia se awal abad ke 15 semasa pemerintahan kesultanan melaka.. sampai sekarang masih ada bukti sejarah itu iaitu kaum baba dan nyonya, serta bukit cina di melaka.
akrabnya hubungan kesultanan melaka dan kerajaan china dapat dilihat melalui persamaan senibina melaka dengan china..kalau berkunjung melaka dapat lihat rumah melaka dan mesjid mempunyai ciri senibina dari negeri china..

pada abad ke 17 hingga ke 20 terdapat kumpulan kumpulan baru dari negeri China yang berhijrah. kebanyakannya berniaga dan

bekerja di lombong bijih di negeri-negeri selat.

mereka membawa bersama budaya dan kesenian mereka.

budaya berniaga kaum cina dapat kita lihat di rumah kedai yang mereka bina..

mereka berniaga di tingkat bawah dan tidur di tingkat atas..keperluan seperti air perigi sehinggakan tanaman kecil-kecilan boleh di dapati di courtyard .. rumah kedai ini di bina sangat panjang..ada yang sehingga seratus kaki panjang..

senibina kaum cina juga dipengaruhi oleh unsur budaya iaitu kepercayaan Fung Shui.. perkiraan untuk menghindar elemen negatif dan nasib malang..selain itu terdapat juga elemen-elemen air,tanah, api dan angin yang mempengaruhi senibina mereka..

aku suka melawat Jonker street di melaka yang kini menjadi galeri seni yang besar sepanjang jalan, lihat keunikan rumah kedai mereka.

waktu sekarang agak sukar untuk membina senibina sebegitu kerana faktor bandaran dan ekonomi ..

kalaulah aku dapat beli sebuah rumah kedai lama, tingkat bawah aku jadikan galeri..tingkat atas aku buat travelers lodge..

No comments: