Tuesday, September 14, 2010

hari raya yang ini



entah kenapa mood raya kali ni tak berapa best..aku macam tak ready nak raya..biasanya hari raya ini keluarga aku akan berkumpul..kami pun bercerita tentang perkembangan masing-masing..aku lagi takde mood bila lihat sepupu aku balik naik lexus..cerita dia dah buka kilang pakaging..pergghh..bapa aku pun kata..kau tengok orang lain boleh berjaya dalam bisnes..kau..asyik laa gagal..




aku hanya berkata dalam hati (abah patut bersyukur sebab anak orang lain ada yang jadi penagih dadah)




makdik..(adik kepada ibu) meninggal dunia di raya ketiga..kerana barah..dia manusia pertama yang puji bakat aku..lukisan pertama aku yang dapat pujian umat manusia adalah potret abraham lincoln..makdik lah yang puji..dan galakkan aku buat apa yang aku minat..masa tu aku masih sekolah rendah..sejak tu asal dia datang rumah aku akan tunjukkan lukisan aku..




aku habiskan masa aku di Melaka dengan berjalan melayan perasaan di Melaka..lihat bagaimana Melaka berubah menjadi pusat sejarah yang hebat..

No comments: