Wednesday, September 15, 2010

hari malaysia untuk aku







hari penubuhan malaysia..hari ini16 september 2010..pertama kali aku sedar yang kita harus menyambut hari malaysia.. malaysia hanyalah sebesar ini..ia takkan jadi lebih besar atau lebih kecil..

di malaysia, melayu akan tetap jadi melayu, cina, india, dayak dan kaum yang pelbagai itu..akan tetap dengan sifat dan rupa mereka..cumanya kita melayu malaysia..kita cina malaysia dan kita india malaysia..



malaysia ini..umpama kek yang di potong dan dibahagi bersama..dan aku bayangkan juga ada kanak-kanak yang bergaduh nak dapat bahagian kek yang lebih sedap..lepas puas bergaduh ada yang berkata..aku tak peduli..aku nak lagi..ada yang berkata..asyik kau je dapat lebih aku dapat sikit je..ada juga yang berkata lantak lah..aku boleh cari kek lain..ada juga yang berkata..macam sedap sangat..semua nak berebut (dalam hati bila orang tak nampak aku curi sikit)
apa pun kita patut bangga..ada juga kek yang boleh kita jamah.. dimalaysia semua orang ada tempatnya..



malaysia sudah jadi kotemporari.. pakai kain batik sudah rasa pelik..pakai sari sudah tidak trend.. kita sudah moden...cumanya kita perlu ada identiti..bila aku ke negeri lain aku lihat kuatnya karaktor yang ada pada negeri mereka..contohnya Thailand, Indonesia, India,New Zealand...


aku takut malaysia yang kita sayang ini hilang identitinya.. kita ada seni..kita ada bahasa..kita ada senibina..kita ada budaya sebagai orang-orang malaysia..
bila melihat malaysia..aku rasa banyak yang boleh aku lakukan..
selamat hari malaysia..mungkin bunyinya pelik.. tapi ok juga




No comments: