Monday, September 27, 2010

kuching tua pe kong temple



hari ini aku bawa student untuk class visit di tua pe kong temple...chinese museum dan rumah kedai cina yang telah menjadi galeri di kuching water front...sebahagian dari subjek History n Culture- Chinese influence didalam seni bina Malaysia..




fakta di muzium itu menceritakan betapa peritnya kaum cina datang ke sarawak...pada awal kurun ke 19...dengan kehidupan mencari penghidupan baru..hidup yang lebih baik




mereka datang dan diberi tanah untuk diusahakan oleh James Brook..sementara untuk menunggu tanaman mereka menampakkan hasil, mereka dibantu dgn ihsan James Brooke disamping bekerja melombong..




hasil kerja keras mereka mereka berjaya bertapak, mengundang lagi komuniti mereka dari cina bagi membentuk kelompok yang kuat dan membawa dagangan dari cina..mereka saling bantu membantu dalam segala bidang..




kata mereka..dari sepuluh orang yang berhijrah dari tanah bersar..tiga meninggal dunia, enam menetap di tanah orang dan satu saja yang kembali..




melawat tua pe kong..melihat pelajar menghormati nenek moyang dengan membakar colok dan membakar kertas duit.. mereka bukan menyembah..hanya menghormati orang yang telah mati..




setiap kaum ada kisah mereka sendiri.. ada kelebihan dan kekurangan mereka..siapa yang rebut peluang mereka yang dapat

No comments: