Monday, May 14, 2012

Motosikal Ku



aku memang minat motosikal...sejak dari zaman remaja...alhamdulillah aku dapat rasa pelbagai jenis motosikal...


moto pertama yang aku naik adalah honda cup c70...lawak kalau nampak moto ni sekarang..tapi moto abah ni lah yang aku modified letak sticker sampai abah marah ..

diizinkan aku memiliki moto sendiri..aku beli scrambler yamaha enduro dt 125cc..laju gila moto ni.
macam citer azura ras

anya..masa tu umur aku 19 thn kot..





motosikal kedua aku adalah honda

raider 135cc..memang best motor tu..beli pakai duit loan mara tambah sikit duit awek aku..masa tu tahun 1995..inilah moto yang paling macho aku rasa pada waktu itu





hidup diteruskan..aku tertipu dengan iklan motor ni..kawasaki
ninja AR 80cc...pergghh..menyesal..walaupun minyak jimat..macam beruang naik basikal








satu tindakan terbaik aku pada sekitar tahun 1997 aku beli yamaha rxz
125..semuaorang kata moto ni baguskan..sampai sekarang masih keluar lagi










dah kawin aku tahun 1999 beli skuter vs 125..bagus skuter ni..masa tu gempak la siapa naik skuter sebab benda baru








pastu aku aku tukar selera naik
suzuki panther gamma 150cc...aku kena buang keja..dapat pampasan tu yang beli moto ni..pastu
jual kat adik ipar aku..sbb aku beli kereta baru









kerja di tapak bina..aku diberi sebuah modenas kris..pakai juga moto cup..masa tu tahun 2000








tapi aku berpeluang beli kawasaki ninja 250..masa tu tahun 2002..perghhh kl tanjung malim no problem..









sebab susah nak maitain aku downgrade ke yamaha tzm 150..masa tu tahun 2003..kira tengah panas moto ni..laju..kalau aku bawa baju memang terangkat ke atas sampai nampak perut







sekitar 2005 aku buat silap..beli skuter comel..tertipu lagi dengan iklan..sakit hati..aku selalu layan hiway pulak tu..ekzos selalu
tertanggal beb..cuba bayangkan..siksanya ekzos jatuh kat hiway





minat dengan skuter aku beli

modenas elite 150..lama kau pakai moto ni..dari 2006 sampai 2009...berulang putrajaya shah alam..puas hati beb..no problem ..cuma bila hujan enjin mati..hahahaha..




aku telah berjaya mensambar scrambler semula..mz 125 sm...ganaz beb..sampai sekarang ada lagi..aku beli cash hasil untung project design n build buat swimming pool.. perasan lebih naik moto ni sebab lain dari yg lain








tahun 2011 aku telah membuat langkah bijak..pakai skuter sym 200..best..hingga kini...jimat..laju dan
bergaya



banyak gila moto aku penah pakai..mengikut edaran masa..maknanya aku makin tua....tapi aku masih mengidam moto yang lebih beso..tunggulah ada rezeki



Iwan - dulu dangdut sekarang dakwah


Hebat Allah Taala ..kini dah berubah ke alam dakwah..aku suka masa Iwan mula-mula keluar dan nyanyi lagu ketuhanan..tetiba lepas tu tenggelam dalam dunia dangdut pula..

tapi tuhan maha kaya... dia berubah..setelah seberapa lama..

harap begitulah seterusnya..aku pun tak sabar nak beli cd Iwan yang baru

Bantu Menentang Cancer




Nenek aku meninggal dunia disebabkan Cancer..Makcik aku pun baru raya tahun lepas pergi sebab Cancer..baru baru ni aku melawat National Cancer Society Malaysia. Student aku diberi peluang untuk rekabentuk pusat mereka di KL dan membantu dalam mempromosikan event mereka.

Cancer tidak pernah tidur..ia akan terus memakan tubuh mangsa...


Mari kita bantu dengan menjadi sukarela atau bersama dalam program untuk menamba

h dana bagi membantu pesakit Cancer
Oktober ini akan diadakan RELAY..satu event untuk memperingati pejuang yang sedang
bersabung nyawa kerana Cancer, pemenang yang berjaya melepaskan diri dari Cancer dan mereka yang gugur dalam berjuang menentang Cancer..

Datanglah ke UPM Serdang untuk bersama sama..


Politik Membosankan


Inilah masanya untuk melihat orang Melayu berbalah, membuka aib orang, mencaci dan menipu. Inilah juga masanya duit kerajaan dicurah-curahkan..

Tak lama lagi pilihan raya, tak lama.

Kalau kerajaan BN tumbang (mungkinkah) adakah periwtiwa berdarah seperti 13 Mei jadi lagi? Jika BN menang adakah PR akan give up atau semakin kuat?

Yang aku tahu rakyat Malaysia mahu aman, bebas, tenang dan bahagia.

Bosan aku dengan politik. Sedih tengok orang kita. Cepat lah berlalu pilihan raya.. Penat tengok orang gila kuasa.