Sunday, December 25, 2011

selamat tinggal 2011..2012 aku tunggu kau!!

akan muncul 2012..setahun ni apa aku dah capai..

  • aku ada bersama Aiman,Hakim,Imran dan Sara..selalu buat mereka gembira.
  •  Dapat lihat abah berjalan semula.. 
  • Dapat sesekali gembira kan ibu 
  • Dapat lihat Ayu mendirikan rumah tangga 
  • Dapat berhempas pulas menaik kan semula jenama aku sendiri NovaNexus..nama yang aku tubuhkan masa aku belajar lagi..sekarang aku sangat sibuk kerana nama ini..


tahun 2012 adalah tahun NovaNexus.. ingat bro kita ada missi..ngat Allah jalan terus..

Sunday, November 27, 2011

Senibela Diri dan Mimpi Aku

aku semasa kecil dulu begitu obses dengan statement yang aku ni keturunan Hang Tuah..minat terhadap seni bela diri begitu tebal dalam diri aku..pantang ada guru aku cari dan belajar..bermula dengan arwah tok Said, guru kuntau di Pengkalan Batu (tak ingat nama sebab masa tu aku baru 13 tahun), Haji Mokhtar (Silat Kuntau),Rashid Iskandar (Asyoto Ryu Karate),Cikgu Lamsah (Gayung Malaysia), Cikgu Ismail (Sendeng Malaysia), Rozaidi (Betakos), Cikgu Dahlan (Setabakti),  dan seorang guru cina di Nilai (Kick Boxing)..panjangnya senarai guru aku..

sekarang ni kurang sket beraksi..aku seronok tengok anak-anak aku pulak bergelanggang..hantar mereka ke kelas TaeKwonDo..biar dapat langkah dan badan jadi keras..

last week dua hero aku sertai tournament Tae KwonDo ..aku jadi bersemangat..nak train anak2...aku pula yang jadi emosi...bila masa pertandingan, rasa macam nak lompat dalam gelanggang...geram tengok mereka masih lembik..tapi bila aku fikir balik, anak2 tu baru 13 dan 14 tahun..banding aku masa tu pun lembik juga...

apa pun aku seronok dengan perjalanan hidup yang sangat menarik...kerana asas senibela diri yang sangat mendalam dalam jiwa aku, mengalir ke anak-anak... 
aku azam nak buka gelanggang di Seremban, ala gelanggang Tomoi, semua aliran beladiri boleh berlatih di situ..sabar dan tunggu..

mimpi akan keluar dari kotak...menjadi realiti




Sunday, November 20, 2011

stay smart stay simple



poster ni adalah karya student aku dalam projectnya...betapa aku rasa bangang pada waktu ini..penat dengan kerja sehari hari..hari ni hari ahad aku masih pening duduk diofis menyiapkan kerja..kepala masih kusut untuk menyediakan keperluan mesyuarat esok..


kenapa aku terjebak dalam kesibukan dan segala yang kusut ni..


sebab duit


manusia akan hidup dengan gelisah disebabkan keinginan yang banyak..


aku terjebak


habiskan job ni..sebab dah tanggungjawab..lepas ni be smart and be simple..your life you decide..

Wednesday, November 2, 2011

Jonker Street-Raya Haji


raya haji ini aku balik ke Melaka...dalam kotak fikiran aku, betapa coolnya kalau aku dapat jalan bersiar-siar di Jonker Street...dalam bayangan aku aku nak standby duit nak beli terompah -terompah yang di jadikan bahan seni pada waktu ini... nak ambil foto galeri -galeri yang bertaburan di Jonker Street..


Thursday, October 27, 2011

volvo s70 turbo The Brick




impian semua designer untuk memiliki super car yang cool..untuk imej..segan beb datang meeting naik motosikal je..
alhamdulillah aku berjaya sambar volvo s70 turbo warna merah keluaran tahun 2000...kereta lama..tapi pada aku ia masih ada kelas.. yang

penting aku beli hasil dari titik peluh duit projek.. mengubati luka kehilangan BMW M3 (sumbangan investor) yang pernah aku guna pada tahun 2009..
walau design The Brick (nama timangan dalam forum volvo) agak kotak..tapi performancenya bagus juga(almaklumlah turbo)..jimat petrol ..handling pun selesa..


aku ricky juga bodykit untuk The Brick ni.. mengancam juga..
buat masa ni aku pakaila dulu sementara menunggu dapat payment yang besar..

Wednesday, October 26, 2011

untuk FELDA



aku ada design rumah untuk FELDA berkonsepkan 'cluster house'...designnya bercantum-cantum..boleh di ubah menjadi teres atau semi d....

ia adalah sistem perumahan baru untuk menyeragamkan rekabentuk rumah FELDA sedia ada pada kos RM 40k seunit..

orang yang minta aku design ni tetiba senyap...

Monday, September 19, 2011

2011 mengalir deras

setahun lagi..jika waktu ini pada 2010 aku di Sarawak..tenggelam dalam dunia glamour sebagai artis terkenal, waktu ini 2011 aku hanya berkejaran ke tempat kerja, sambil membesarkan perut ku..

rancangan untuk adakan exhibition tak menjadi, rancangan untuk sambung belajar pun tak berjalan..

apa yang aku lalui hanyalah rutin biasa seorang bapa yang seronok dengan dunia famili....

tapi aku bersyukur abah yang terkena serangan stroke semakin pulih..kerana abahlah aku dapat pindah semula ke Cyberjaya..kerana surat doktor..akibat stroke..

aku lalui Ramadhan dengan tenang dan bahagia..berhari raya dengan meriah walaupun tak seberapa..

tapi dalam diam aku mula sedar yang aku sangat bahagia sekarang...bersama keluarga tercinta..

seperti biasa aku akan tanya apa yang telah aku capai pada 2011 ini..

aku dapat menonton wayang bersama anak2..Green Lantern,Smurf, Johnny English banyak lagi aku tak ingat..melihat anak aku masuk Tae Kwan Do..sparring..aku minta dia rakam setiap kali dia sparring..gembira belikan mereka mountain bike baru..biar glamour bila ke sekolah..kami gembira berkhemah bersama, main squash bersama..
hari ini dia minta belikan kasut bola untuk main ragbi..aku seronok bila lihat dia membesar menjadi remaja yang lasak

aku gembira kerana tahun ini aku dapat melihat anak2 aku membesar didepan mata..gembira melihat anak2 aku menjadi lelaki2 yang gagah..petah..bijak..gigih..

gembira kerana aku ada keluarga yang bahagia..

gembira melihat abah semakin kuat..semakin sihat..

semuanya lebih bernilai dari kejayaan aku sendiri yang bersifat individu..

2011 aku gagal menjadi manusia luarbiasa..tapi aku istimewa dihati mereka yang aku sayang

Sunday, August 28, 2011

jalan kenangan 1





Balik ke Melaka aku sempat melawat semula sekolah-sekolah aku dulu..tempat aku mula mengenal ilmu, menimba pengalaman dan mencari kehidupan...Sekolah Kebangsaan Bkt Beruang..kenangan aku semasa Peperiksaan Penilaian Darjah 5, berpengakap, main bola sepak, jadi ketua murid..

kemudian aku ke Sekolah Tinggi Melaka ..tempat aku jadi budak nakal...melawat kembali Bus Station Melaka..yang kini terbiar sebab Melaka sudah ada Melaka Central....

semuanya menjadi jalan kenangan..yang perlu masa yang panjang untuk diceritakan semula..

Wednesday, August 24, 2011

malam-malam terakhir



tak lama lagi raya..ramadhan akan berlalu pergi...isu baju baru, ketupat, lemang, kurma dan rendang yang menjelma..

aku didik diri aku untuk ke Mesjid di hujung-hujung ramadhan ini.. peluang terakhir..kesan-kesan latihan makin terasa..hati semakin sayu, jiwa semakin tenang, syukur semakin meningkat..nikmat ibadah mula terasa..

ramadhan mengajar, duit, makan minum, hiburan bukan segalanya dalam hidup.. hidup untuk ibadah dan mengenang allah..iman dan amal.. baru dapat ketenangan, kemenangan dan kebahagiaan


tapi itu semua hadir bila ramadhan sudah ke penghujung..

balik kampung, keluarga berkumpul, jumpa saudara, anak buah ipar duai..lihat ibu abah..sedih dan sayu..satu hari nanti kita akan tua seperti mereka..

aku akan ke melaka..ke kota tinggi.. makan puas-puas..sembang puas-puas..

apa yang cool tentang hari raya..lihat orang shopping, drive di highway, lihat anak kecil gembira, tarawikh dan ibadah malam... keajaiban berlaku di ramadhan..di seluruh alam

Tuesday, August 23, 2011

Rekebentuk UiTM Rembau


Ini interior design hostel untuk UiTM Rembau. Guna skim warna putih je..sempoi.. biar cerah.. Penat aku layan projek ni..bila la nak kaya

Terbaru Kampus Lesotho






Nak raya ni aku di sibuk kan dengan tugasan mereka bentuk Kampus Lesotho.. ini perkembangan terbaru..

Monday, August 22, 2011

Button Design



beberapa rekabentuk Pin Button oleh aku untuk Faculty of Architecture and Built Environment

Ramadhan Ini..Syawal Ini - Pasar Satok ke Bandar Kinrara



Ramadhan ini aku tidak lagi sendiri seperti Ramadhan lalu. Aku gembira dengan keluarga, di Bandar Kinrara, memasak dan berbuka bersama keluarga. Syukur alhamdulillah. Seronok ber tarawikh. Sungguh meriah dan terasa keberkatan.

Ramadhan lalu aku sendiri, rasanya tak pernah bersahur. Paling hebat aku berbuka dengan merayau di Pasar Satok, beli dan makan terus bila masuk waktu ketika masih di pasar, kerana di Sarawak waktu berbukanya awal pukul 6.30. Waktu malam tepian pekan Satok akan penuh
dengan manusia membeli baju raya. Aku akan berjalan menumpang suasana.

Selalunya aku bersyukur dengan masak telor goreng dengan kicap, makan dengan nasi. Kekadang tambah fishball.

Tapi yang pahit tak semestinya kurang elok. Pahit juga boleh menjadi ubat. Aku bersyukur aku rasa semua.
Makanan jauh berbeza di Kinrara. Sehebat nasi Khabsah, Pai Ayam, Laksa Kari. Rezeki Allah melimpah ruah.

Paling syukur adalah bertarawikh di Kinrara, lepas tarawikh makan free. Suasana sungguh meriah.

Aku sungguh bersedia untuk syawal. Berbanding dengan tahun lalu aku terbang pada malam raya. Baju Melayu pun dah siap beli. Tahun lalu aku dan keluarga langsung tak beli baju Melayu. Tahun ini nyata berbeza dari segi suasana dan rezeki yang Tuhan beri. Walau ala kadar tapi rezeki Tuhan itu tidak terkira.

Apa pun rasa rindu pada pasar Satok tetap ada. Aku tersenyum mengenang pengalaman lalu. Hidup ini penuh nostalgia.


Perpustakaan Selangor yang baru - Rumah kedua anda






Aku
bersyukur berada di negeri Selangor. Negeri yang punyai banyak tempat yang baik untuk berbicara tentang konsep dan rekabentuk.

Aku berkunjung ke Perpustakaan Selangor yang baru. Berkonsepkan perpustakaan sebagai rumah kedua.

Bertepatan dengan konsepnya, rekabentuk senibina dan dalamannya memang cool. Memang kalau lepak situ, tiga jam berlalu tak terasa. Disinilah pentingnya rekabentuk didalam mengubah suasana ruang.

Sangat cozy...colorful...rilex...aku seronok tengok kanak-kanak enjoy membaca. Sesuai untuk membina generasi yang kreatif dan dinamik.

Neo Kampung



satu tugasan yang pernah diberikan pada aku adalah merekabentuk grafik bagi projek Neo Kampung. Beberapa tahun yang lalu ia di kenali sebagai Cyber Kampung. Sebelum ke Sarawak tahun lalu aku juga menyumbang untuk rekabentuk pembangunan bagi projek ini.

Konsepnya ialah untuk melahirkan perkampungan berbentuk baru. Tapi bincang punya bincang, cakap punya cakap segala usaha ini berakhir sia-sia sahaja.

Tapi ia adalah idea yang baik. Cuma kita perlu suntikan dana, lokasi yang bagus, projek ini boleh di komersialkan.

ke UMK












aku ke Universiti Malaysia Kelantan untuk usaha ku membuat kajian tentang Rekabentuk Kediaman Para Aulia Nusantara. Alhamdulillah negeri Kelantan telah mempunyai universitinya sendiri, yang aku lihat not bad dan punyai barisan tenaga kakitangan yang mantap juga.

Kelebihannya pada aku adalah dari segi psikologi persekitaran. Jauh dari kesibukan ibu kota. Kesempatan ini aku ambil juga untuk malawat Mesjid Muhammadiah, Istana Balai Besar, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh, Pantai Sabak dan Cahaya Bulan. Tempat-tempat mengimbau banyak nostalgia silam.

Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas ini menjadi port nombor dua aku. Kajian ini akan menjadi menarik, kerana ia datang dari minat yang mendalam, dari lubuk hati aku sendiri.

Monday, August 15, 2011

Lesotho




aku terlibat dalam projek rekabentuk sebuah kampus baru di Lesotho..bayak kritikan dan cabaran.. bila kita buat projek untuk org lain kita buat je apa yang orang nak..

apapun kerja tu adalah kerja kita..yang baik tu adalah dari kita ..open up my mind

Thursday, July 28, 2011

transformasi hidup




hidup perlu berubah...aku pernah terbaca tentang artikel minimalis lifestyle...

ia bukan hanya kepada rekabentuk...ia juga trend hidup gaya baru..

back to basic... makan bila perlu ..pakaian simple..public transport, motorbike....ruang rumah yang minimal, berhampiran tempat kerja..kurang perabot..kurangkan kos maitenance...kurangkan hutang..

fokus kepada objektif...

mari kira kos sebenar untuk secara minimal di KL ni..installment kereta / motosikal..RM200 makan sehari RM 10...sewa rumah RM 500..kalau boleh share lagi bagus..bil not more than RM200.. minyak RM 15.....

dekat RM seribu juga...

beli nasi lemak bungkus seringgit..atau makan masak sendiri..pergi kerja carpool.. atau guna skuter elektrik..
atau kayuh basikal lagi bagus..sewa bilik je..mungkin ada ruang untuk berjimat..baju bundle pun smart juga..



.ingat belanja minimal...saving maximal..

bandingan rekabentuk dalaman perpustakaan

Singapore National Library












Sebuah perpustakaan di Hong Kong







Perpustakaan Negara - Malaysia











Perpustakaan Negara - Indonesia












Sebuah Perpustakaan di Dubai