Thursday, December 16, 2010

dayak - mask and unmask


kombinasi tiga artworks..aku satukan

under the same sky


dibawah langit yang sama..kita kongsi..tak kira budaya..kita kongsi saja semua..tak perlu gaduh..kerana jika kita lihat ..dalam budaya dan teknologi kita saling mempengaruh dan terpengaruh

di muzium seni sarawak




rasa tak nak keluar dari galeri..rasa macam tak puas hati dengan art work.. bersama aku ..teman seperjuangan ah siau

Friday, December 10, 2010

Potraits of Borneo , Sarawak Museum 12-19 December 2010

paper cuts

alhamdulillah.. kesekian kalinya aku keluar di paper..apa yang aku rasa..sesuatu yabg hebat bila lensa kamera menembak kita..dan manusia yang tidak kita kenal tiba-tiba menyapa kita di tepi jalan..apa pun aku bukan manusia hebat.. cuma menjadi bahan cerita...

dalam dunia seni..aku masih
kerdil .. pelukis yang tidak ada nama.. cumanya aku bersyukur..aku tidak hipokrit.. aku berjaya menjadi diri aku sebenar.. walau pun perjalanan ini sangat jauh..yang aku pun tidak tahu ke mana nanti hujungnya..



Wednesday, December 8, 2010

Wednesday, December 1, 2010

confused


satu hari seorang lelaki di borneo berkata...mereka seperti batang tebu..manis di pangkal..tawar di hujung...lelaki itu sebenarnya confused..

agi idup agi gelaban

kalau bruce lee boleh menjerit..iban pun boleh..panas hati..tetap melawan..tak takut mati..agi idup agi gelaban..

aku serabai


self potrait ...kerja aku semasa duduk ..lihat cermin dan berkata..serabainya aku

Sunday, November 28, 2010

selamat jalan 2010

dia akan pergi..2010..apa yg aku capai? sepatutnya aku puas hati..

antara tujuan aku ke Sarawak adalah untuk melihat tempat2 yang belum pernah aku lawati.. bab itu aku puas hati

2010 aku dapat

1. cari pengalaman baru di Sarawak..tempat yg aku x pernah terfikir untuk hidup

2. menjejak kaki ke Bali lagi

3. jejak kaki ke Brunei

4. Exhibition di Art Museum

5. ditawarkan sambung belajar

6. menang Tun Jugah Open Arts Competition

banyak juga.. puas hati

untuk 2011 apa ye...maybe fokus dgn belajar laa...sebenarnya ada kepuasan didalam belajar dan mengajar.. mungkin ikut saja garisan itu

Saturday, November 27, 2010

lazy flip chair

ni desgn kerusi lipat.. aku cuba buat dalam bajet bawah RM 20.. tak termasuk tenaga kerja laa..tapi kalau buat mass production mungkin dapat lg murah..material yag terbaik adalah kayu meranti atau kayu getah.. fabrik cuba cari heavy duty denim ..

Monday, November 22, 2010

arts and craft mall







antara tempat yang aku suka kunjungi bila di KL adalah Central Market atau pasar seni.. tempat dimana semua hasil seni, pelukis dam peminat berkumpul.. bila di Sarawak aku tak jumpa pasar seni.. begitu juga di Melaka..






tapi dua tempat ni ada potensi yang tinggi...sebab pelancong pasti akan cari hasil seni tempatan untuk di bawa pulang..






selepas aktiviti Lukisan Potret di Kompleks Tun Jugah ..aku bayangkan alangkah baiknya jika di buat satu Borneo Arts n Craft Spot atau Borneo Artist Street di situ..pasti jadi tumpuan peminat seni dan pelancong...potret artist pun tak payah duduk tepi jalan..panas beb..aku pun teringin nak buka galeri di situ..

Saturday, November 20, 2010

kenapa asyik nak belajar je?

aku selalu renung wajah student aku satu persatu..aku selalu ingin melihat sedalam mana minat mereka terhadap apa yg mereka pelajari..

jujur aku selalu lihay dan dengar keluhan mereka..penat..tension dan tertekan..

bagi aku..pendapat aku.. selepas tamat sekolah..kita perlu menjurus terus ke bidang yang kita mahu.. apa yang student aku mahu..minat.. xcited untuk belajar..

aku sangat berharap student aku tahu..

nak jadi designer tak minat melukis...tak minat berimejinasi... tak minat mengkaji persekitaran..

aku tak nafikan..belia hari ini suka muzik..suka menari..suka menyanyi...

sepatutnya itulah bidang yang mereka ceburi jika itu yang mereka mahu..banyak bidang..muzik, sound engineering, broadcasting, modeling, dance, cariograph..macam-macam lagi

sesetengah student, sibuk dengan aktiviti sampingan, dan tak punya masa untuk assignment.. bukankah buang masa dan tenaga perlu buat banyak kerja.. kalau minat kita menjadi kerja, dan menjadi sesuatu yang kita dalami setiap masa terluang

kalau kita pilih bidang yang kita minat..tak perlu kita komplen...asyik2 kena belajar..

Friday, November 19, 2010

buluh..saranan kepada green design




in assessing the rekabentuk green (green design) I exist a very good saranan namely the use of reeds as target material for construction and furniture art rekabentuk .. why .. reed reed has many advantages as the plants and also as building materials or furniture built ... ..




It is an important cause in accordance kerana god he is a plant that made the most rapidly enlarged and suitable commercially planted for the purpose of built ..




importance of the target material is semulajadi kerana original divine creation is very friendly with the human body ... is able to perpetuate the freshness in the space and occupant space manambah term life ..




besides he is lightweight and has high durability ..




I'm not a kid promo .. but this is rare

Thursday, November 11, 2010

compact living-design for future



pada masa akan datang rumah kita akan menjadi lebih sempit kerana kawasan terhad...aku designkan ruang 600 kaki persegi mengikut perinsip compact living, green design but maximum space satisfaction..

kos satu unit adalah RM 20k bagi bangunan dan RM 20k untuk dalaman..so keseluruhan adalah RM 40k..

memang problem bila keluarga yang beranak ramai..tapi boleh beli beberapa unit kerana kalau beli 3 unit pun baru RM120k..masih murah

unit ini boleh dibina secara individu, teres atau apartment..detailnya aku simpan..(bisnes strategi)..ini adalah rekabentuk hijau..(green design)

arca kucing di kuching




berjalan di water front kuching buat aku selalu tersenyum..ada sebuah arca yang menceritakan berbagai cerita..sekeluarga kuching..berlari, berkejar, membiak dan nampak aktif..aku lihat begitulah manusia ...berkelompok dan bermasyarakat..seperti keluarga kucing




jaguh art











di kuching aku tunggang sebuah motor modenas jaguh yg aku sewa dari kawan aku..baru aku tau nikmatnya menunggang motor custom ni..jaguh ni satu moto sikal yang kreatif bagi aku..harga murah..minyak jimat..boleh modified custom jadi macam-macam design..rasa macam nak sambar satu pastu modified..art juga tu

Wednesday, November 10, 2010

restaurant makeover



kalau buat rancangan realiti restoran makeover..siarkan di astro kan bagus..panggil beberapa designer muda kita lihat kreativiti mereka..kos tak menjadi masalah kerana banyak supplier, pemilik restoran dan manfacturer nak sponsor untuk promo bisnes mereka.. mari kita renungkan..

Saturday, November 6, 2010

Design Kolam



Rekabentuk Taman Air untuk kampus aku.. aku luangkan setengah hari aku untuk mensedekahkan 3 rekabentuk taman air yang kecil..pada firasat aku mereka akan minta ynag lebih kecil..apa pun ini adalah rekabentuk priliminari

1. Rekabentuk Organik..
2. Rekabentuk Cubic
3. Rekabentuk Art Culture

Friday, November 5, 2010

Dayak - in fast stroke

lakaran aku dalam kostum dayak, dengan motif ukiran dayak yang berselirat..

sesekali aku rasa sedikit demi sedikit ..attitude dayak makin meresap kedalam aku..

dalam sekilas ..stroke yang pantas..

Dayak - in fast stroke...tapi aku bukan dayak

Thursday, November 4, 2010

Two Orang Utans

ini adalah artwork yang berbentuk sinis...

lukisan terakhir aku untuk pameran Potrait di Tun Jugah, Kuching

Wednesday, November 3, 2010

bersama mu

aku waktu ni tengah xcited buat painting..rasa puas..melukis tak payah makan..perut automatik jadi kenyang..

Bersama mu

seorang anak Penan berlari-lari nak cari tempat selamat untuk anak orang utannya..

orang ulu menangis (siapa yang tahu)

setiap artwork aku adalah luahan emosi ..siapa yang melihat pasti berfikir-fikir..mencari cerita..

aku lukis yang ini untuk menyampaikan satu mesej .. tangisan..tentang orang ulu..

harap tangisan tu sampai dalam efek visual

Wednesday, October 27, 2010

this is my life


ada kawan aku berkata...kenapa kita risau sangat tentang hidup sedangkan kita akan mati.. aku termenung sebentar..aku pernah satu masa dulu bermimpi buruk tentang hari kematian ku..memang saat mati itu sesuatu yang merisaukan..dan mimpi itu berakhir dengan satu suara yang menyatakan pada aku yang "mati itu adalah permulaan bagi perjalanan yang panjang"..

buat aku berfikir.. aku pernah belajar dulu yang alam hidup kita di bahagikan kepada 5 peringkat:

1) Alam Rahim (dalam perut ibu)
2)Alam Fana (kehidupan dunia)
3)Alam Barzakh (kubur)
4)Alam Masyar (hari perhitungan)
5) Alam Akhirat (syurga atau neraka)

bererti sekarang aku berada di alam yang ke dua..alam fana..panjang sedikit dari alam rahim..didalam kubur nanti pasti lebih lama..diikuti dengan alam -alam lain

satu hari kita akan mati..bukan saja mati..aku akan ke alam yang lain-lain..sangat jauh..

tapi memang beginilah aktiviti aku di alam ini.. alam kehidupan yang fana..beginilah aku hidup..berkerja, berkomunikasi, berkawan dan bermasyarakat..

kalau ditanya kenapa aku perlu risau dengan dunia sedangkan aku akan mati.. mati itu sudah tentu..hidup ini yang belum tahu.. kerana hidup ini yang menjadi penentu segalanya..hidup dengan penuh maruah, penuh timbang tara dan beretika..

tak perlu kita sombong dengan mengatakan kita mengingati mati.. aku hidup..menjalani takdirku..diuji setiap detik.. berjuang setiap masa.. mengharapkan esok yang lebih baik

dan tak perlu pula kita sombong dengan hidup kita.. kerana hidup itu pasangannya mati..

Friday, October 22, 2010

Menara Warisan atau pendidikan percuma


PM membentangkan belanjawan baru dengan impak yang tak berapa meletup..Menara Warisan 100 tingkat.. bagus untuk imej negara..ada satu lagi bangunan High Tech di Malaysia...

tapi kalau diberi pilihan..aku lebih suka duit tu disalurkan kepada pendidikan..atau perubatan..seperti di sesetengah negara maju pendidikan dan perubatan adalah percuma..

dari sudut senibina pun cubalah kita lihat sekolah di Malaysia.. aku rasa Tun Mahathir pernah tegur design sekolah kita macam kotak mancis..

lihat contoh beberapa sekolah yang aku copy paste kan.. sekolah di Melbourne , Australia dan Singapura..bandingkan dengan sekolah di Malaysia..

di Malaysia kita terpaksa berhutang untuk belajar..ini bukan mimpi aku seorang..ini mimpi 1 Malaysia..mimpi 1 Malaysia

Wednesday, October 20, 2010

beca melaka..berilah nafas baru






ini idea yang xtravaganza bagus..untuk waterfront Melaka dan Kuching..di Melaka punya la banyak beca.. aku penah la naik..saja nak suka-suka..dari hujung A famosa ke jam besar di Stadehyse aku ke bayar RM20 ..menyumpah dalam hati aku... mahal

kalaulah beca tu sewa ikut jam..sejam RM 10..aku rasa puas aku ronda..design janganlah itu..saja..bagilah unik sikit..


boleh buat..aku rasa ada dah d
i Danga Bay Johor Baru..ini bukan idea baru..cuma tak di buat di Melaka..

kalau ada pasti best.. tak la penat berpeluh pelancong..boleh pusing-pusing dari A Famosa ke Bangunan Merah Stadhyse...

bisnes outdoor cinema


kedai mamak banyak tunjuk bola dekat skrin besar.. mungkin idea ni agak biasa..tapi boleh buat jadi luar biasa denagn lokasi yang baik seperti di waterfront kuching dan sungai melaka...tambah dengan sound sistem yang bagus serta teknologi 3D..memang meletup..tapi selain itu elemen sejarah juga harus di tekan kan untuk menambah kuat lagi identiti pelancongan setempat..

gambar ni kat sidney..bayangkan lah berlatarbelakang kan pelabuhan melaka yg bersejarah..

Tuesday, October 19, 2010

Melaka Maju?


Syabas aku ucapkan kepada negeri kesayangan ku kerana mendapat pengiktirafan sebagai negeri maju walau ianya dari yang amat berhormat perdana menteri..aku tak tahu sama ada UN iktiraf atau tidak..

setahu aku negeri maju di ukur dari kadar Human Development Index (HDI) yang mengukur tahap kehidupan serta pendapatan penduduknya, yang mana Malaysia masih pada kadar index HDInya 0.800 sama seperti negara di Amerika Selatan dan kebanyakan negara Arab. Sedangkan Singapura, Jepun dan Australia telah mencapai index HDInya 0.950 keatas

Selain dari itu diukur juga GDP dan tahap inovasi perindustrian negara tersebut..

secara fizikalnya juga aku masih tidak melihat Melaka setaraf dengan Jepun, Singapura dan Australia..jangan ukur U.S yang memang jauh..

aku takut kita cepat berpuas hati dan menyatakan kita sudah maju.. perjalanan kita masih jauh.. kita mungkin maju sedikit.. tapi kita perlu lebih maju

setakat pakai handphone dan pandu kereta, penduduk Indonesia pun begitu tapi index HDI mereka hanya di bawah 0.700
aku faham negeri Melaka telah berusaha keras..memajukan negeri..kita beri sedikit masa..kenapa tidak 2020..baiki lagi segala prasarana terutamanya pendapatan perkapita penduduk perlu di tingkatkan..

kita tidak ada landasan keretapi laju..dari Melaka ke Kuala Lumpur, tidak ada penerbangan terus dari Singapura ke Melaka, kerana Melaka masih lagi bukan spot perdagangan yang penting. Kenapa kuasa beli penduduk Melaka masih lemah dan kurang produk hasil dari Melaka.

Melaka ada tarikan penting, iaitu industri pelancongan.. kita mampu maju seperti New Zealand yang juga berorientasikan agro pelancongan yang telah di iktiraf oleh IMF sebagai negara maju. Kita majukan industri pelancongan kita. Setiap spot pelancongan di Melaka harus bertaraf antara bangsa. Bukan sekadar ada.

Kita sudah ada asas.. kita usaha lagi. Aku tetap bangga sebagai anak Melaka..dan menyokong usaha kerajaan..terutama usaha memajukan teknologi hijau..bila usaha itu sudah berjaya.. pendapatan rakyat meningkat..tak malu aku nak kata Melaka sudah maju

stadium hebat di China


rekabentuk akan datang lebih menekankan sustainability dan rekabentuk hijau..dalam aku mengkaji rekabentuk stadium..aku terjumpa stadium ini..yang akan dibina di China..ia adalah multipurpose..boleh menjadi Park dan bertukar menjadi Stadium..teknologi yang mudah seperti London Bridge yang boleh buka dan tutup..

melihat rekabentuk ini..alangkah baiknya kalau di Malaysia juga
mula membina binaan yang pintar...