Monday, September 19, 2011

2011 mengalir deras

setahun lagi..jika waktu ini pada 2010 aku di Sarawak..tenggelam dalam dunia glamour sebagai artis terkenal, waktu ini 2011 aku hanya berkejaran ke tempat kerja, sambil membesarkan perut ku..

rancangan untuk adakan exhibition tak menjadi, rancangan untuk sambung belajar pun tak berjalan..

apa yang aku lalui hanyalah rutin biasa seorang bapa yang seronok dengan dunia famili....

tapi aku bersyukur abah yang terkena serangan stroke semakin pulih..kerana abahlah aku dapat pindah semula ke Cyberjaya..kerana surat doktor..akibat stroke..

aku lalui Ramadhan dengan tenang dan bahagia..berhari raya dengan meriah walaupun tak seberapa..

tapi dalam diam aku mula sedar yang aku sangat bahagia sekarang...bersama keluarga tercinta..

seperti biasa aku akan tanya apa yang telah aku capai pada 2011 ini..

aku dapat menonton wayang bersama anak2..Green Lantern,Smurf, Johnny English banyak lagi aku tak ingat..melihat anak aku masuk Tae Kwan Do..sparring..aku minta dia rakam setiap kali dia sparring..gembira belikan mereka mountain bike baru..biar glamour bila ke sekolah..kami gembira berkhemah bersama, main squash bersama..
hari ini dia minta belikan kasut bola untuk main ragbi..aku seronok bila lihat dia membesar menjadi remaja yang lasak

aku gembira kerana tahun ini aku dapat melihat anak2 aku membesar didepan mata..gembira melihat anak2 aku menjadi lelaki2 yang gagah..petah..bijak..gigih..

gembira kerana aku ada keluarga yang bahagia..

gembira melihat abah semakin kuat..semakin sihat..

semuanya lebih bernilai dari kejayaan aku sendiri yang bersifat individu..

2011 aku gagal menjadi manusia luarbiasa..tapi aku istimewa dihati mereka yang aku sayang

No comments: