lahir-lahir aku dah kenal abah..lelaki yang semasa kecil aku bayangkan ada super power..
abah sungguh kuat..dia boleh menyelam lama, aku ingat lagi masa kecil aku akan berpegang pada leher abah dan abah akan menyelam dalam lombong..
pernah aku nakal..selongkar dokumen dalam kereta abah..kemudian aku lari..abah kejar..dalam jarak 50 meter abah baling buah jambu..kena pinggang aku...kuat balingan abah...sakit...sekarang abru aku tahu yang aku ambil itu adalah geran kereta..
kami berpindah randah dari aku kecil, Seremban, Bukit Piatu, Pengkalan Rama, Bukit Beruang, Kuala Selangor dan Muar.....pelbagai kenangan aku simpan kerana ikut abah berpindah...
mungkin kerana abah rajin mengembara..aku pun seperti abah
kami pernah mendaki Gunung Ledang bersama..sungguh hebat cerita di situ..abah seperti melayang saja mendaki gunung batu..
abah pandai silat, semasa umur aku 13 tahun aku dihantar belajar Kuntau..abah pandai main badminton dan bola tampar..aku rasa dua tu adalah sukan kegemaran abah..
yang paling abah suka adalah berkebun dan memancing..abah kuat..ketika umur 60 pun abah kuat lagi memetik sawit..abah adalah naturalist..perkenalkan aku kehidupan kampung..satu hobi abah yang aku tak boleh ikut adalah memancing..
abah tak suka aku jadi pelukis...macam pengemis..tapi aku jadi juga pelukis..tak seperti yang abah bayangkan..
dan yang paling aku respek..abah tak pernah tinggal solat..wiridnya panjang..dan rajin beramal..abah beritahu kami ini turunan ulama...amalan mbah-mbah abah dulu lagi hebat..ada yang bersuluk mengasingkan diri..
semalam abah umurnya cecah 70 tahun..lemah..tapi dia semakin lemah..dia berjuang melawan penyakit stroke...dari lumpuh abah dah boleh berjalan...realitinya abah dah semakin tua
cumanya aku minta abah bersabar..kerana arwah datuk dan sedara-sedara abah umurnya panjang..ada yang mencecah 100 tahun..