Sunday, August 26, 2012

berlalulah sudah Ramadhan

tamat ramadhan 2012.. seminggu beraya , hari ini mula bekerja...

alhamdulillah dapat bersama abah dan ibu..harap syawal ini bukanlah yg terakhir bersama mereka...

bersyukur juga anak-anak dapat beraya dgn gembira...adik bungsu aku dapat anak yg pertama...

nikmat yang tak terhingga apabila dapat menatap wajah ibu dan abah dan membuat keluarga rasa gembira...

syawal akan datang bagaimana..

Tuesday, August 7, 2012

syaitan dalam kita

hati-hati kerana iman boleh dicuri... betul syaitan telah terikat di bulan ramadhan ini..

tapi iman kita boleh dicuri dengan persekitaran, internet, majalah, surat khabar, iklan pusat beli belah, makanan di pasar ramadhan...bahkan melalui perkataan dan penglihatan kita pun iman boleh dicuri..

dari manusia penuh iman hasil amal dibulan ramadhan..jadi orang takde iman dan lagha.. benarlah diakhir zaman, manusia pagi beriman petang tak beriman..

syaitan dah terikat..tapi syaitan dalam diri kita tak terkawal...

ramadhan 20 tahun lalu



sungguh cepat masa berlalu..hari ini dah 18 ramadhan...10 malam terakhir bakal menjelang..ramadhan terbaik bagi aku adalah masa aku tinggal di Kuala Selangor umur 17 tahun..masa tu aku mampu menjaga sepenuhnya amalan..tarawikh dan amalan malam...aku selalu ke mesjid pukul 2 pagi untuk qiamulail..sehinggakan malam terakhir ramadhan aku begitu hiba...rasa nya tak mahu berpisah dengan bulan rahmat itu..kini masa berlalu..kisah itu adalah kisah 20 tahun lalu..dan aku masih lagi belum menemui ramadhan seperti itu..

dimana aku benar-benar merasai besarnya keagungan Dia dan diri ini sebagai hamba..