Tuesday, January 24, 2012

tahun naga

tahun baru cina tahun ni aku sambut di Melaka..sambut kerana dapat cuti..cuti dari benda-benda yang menyibukkan kepala....

Melaka sangat sibuk..sangat sibuk..Bandar Hilir pun tak boleh masuk..ini bererti kerajaan harus menambah baik infra di Melaka..kurangkan kesesakan.. aku rasa ia akan sesak setiap kali musim perayaan..sesak yang bukan main-main..dari Bukit Baru nak ke Bandar Hilir mau makan 2 jam..biasanya 15 minit..

tahun naga air..selama ni aku tahu tahun naga..tapi tahun ni dah jadi tahun naga air..mungkin unsur air itu penting untuk menambah keyakinan yang rezeki akan mengalir deras, suasana akan sejuk seperti air..maka tahun ni akan bertambah baik..untuk semua..ekonomi..politik..

naga adalah penguasa.. mungkin tahun ini ekonomi akan kukuh.. bila kerajaan mula tabur duit...untuk menampak kan ekonomi kita sememangnya kukuh...aku pun tak tahu..ramalan setiap tahun bersifat positif..kalau negatif pun cuba di positifkan..

apa pun hidup perlu berubah..seperti tahun naga yang lalu..tahun 2000 aku berubah dengan berpindah dari Melaka ke Tanjung Malim untuk jaga projek..dan itulah titik tolak berubahnya kehidupan aku..dah 12 tahun berlalu peristiwa itu..dan tahun naga sebelum itu 1988..hidup aku berubah bila mengikut keluarga aku berpindah dari Melaka ke Selangor..dah 24 tahun pula peristiwa yang itu..

tahun naga..apakah pun aku pun perlu bersifat seperti naga..menelan ..menyambar dan menguasai persekitaran ku..

hari ini aku duduk dan berfikir..apakah aku ini manusia besar atau manusia kecil..atau masih manusia biasa atau manusia luarbiasa seperti yang aku laungkan satu ketika dulu...aku mahu jadi manusia luar biasa..



No comments: