Monday, August 30, 2010

arts - dream




dulu aku ada mimpi nak bisnes icecream arts..bila jalan2 aku lihat dah belambak orang jual ice cream di sarawak ni..pastu macam lesu je..






datang idea street bundle art dan car wash art.. kalau di kl baju bundle ni ada pengikutnya..terutama yang big size..dan yang mencari baju branded dengan harga murah.. aku pun suka pakai baju US harga sepuluh ringgit..






apa kata buat bisnes baju bundle kat sini..ada tapak kedai bepotensi..aku nak color kedai tu penuh dengan grafitti...street culture..baru street bundle arts..

aku nak beli mesin printing untuk tshirt..customer boleh print design tshirt yang dia suka..baru designer beb...


pastu parking kat satok ni tak cukup terutama hari minggu..sebab ada pasar minggu..datang idea tanah kosong..apa kata tinggal kan kereta kejap untuk cuci..pastu ambil kereta dah bersinar..aku nak proposed buat carwash yang ada konsep..dengan grafitti dan tukang basuhnya awek-awek ..panazz beb..baru carwash arts...






apa pun raya ni balik semenanjung dulu..cari modal beb..ini cuma mimpi

hari merdeka yang pahit


sunyinya hari ini..31 ogos 2010..lagi seminggu hari raya..di satok hari ini hanyalah seperti hari biasa..kalau di kl malam tadi dataran merdeka penuh orang..menara tinjau dan genting highland juga pasti penuh..meriah untuk melihat sambutan, persembahan dan pertunjukan bunga api..


semalam aku duduk di water front.. melihat manusia..sedikit saja letupan bunga api dapat dilihat.. ratusan manusia mundar mandir.. tapi pemandangan waterfront di waktu malam dengan limpahan lampu memang menarik..


pasar ramadhan tidak lagi meriah..aku sudah hafal semua juadah..tiada lagi yang baru..cuma tapai sarawak saja yang aku tak cuba..sebab agak pelik berbuka puasa dengan tapai..


cuma berbuka puasa pastinya hambar jika sendirian begini.. indahnya berbuka bila bersama keluarga..aku tiada keluarga di bumi sarawak ini..


hari hari aku habiskan dengan melayari internet dan menonton history channel..sendir..


aku masih disini..sendirian ditempat bernama satok..jauh dari segala kemewahan yang pernah aku lalui..masa berlalu kosong..dalam kelam untuk melabur masa depan ku disini atau hijrah lagi mencari harapan..


dunia ini masih luas.. aku hampir putus asa untuk meneruskan pengajian.. semangat untuk mendaki lagi hampir patah.. apa yang aku cari disini..apa yang ada hanyalah kehidupan yang kosong.. buat aku rasa nak cari kehidupan baru di bumi lain..


mungkin betul aku tidak dapat apa yang aku inginkan dalam hidup.. aku tidak akan dapat selagi sibuk mengeluh dan melayan perasaan..


ada beza diantara a champion and a looser..


champion adalah seorang yang dahagakan kejayaan dan pahit getir adalah sebahagian dari hidupnya..kemudian dia kenyang dengan kejayaan..


looser adalah seorang yang kalah setiap hari..kalah bila ada halangan..selagi ada halangan selagi itulah dia kalah..yang membuatkan hidupnya hanya melihat halangan..dan itulah yang dia perbesarkan..sedangkan dalam hidup pasti ada ujian dan cabaran..


sempena hari merdeka ini..aku abadikan hari ku ini untuk membaca kisah-kisah pemimpin dan pahlawan terbilang.. yang mereka korbankan masa mereka.. untuk kejayaan..


kerana aku perlu korbankan sedikit rasa bosan..tidak puas hati dan keluh kesah ku..kerana mana tahu..satu hari aku akan berjaya..


mungkin hari merdeka yang pahit ini harus aku telan sebagai ubat..


Sunday, August 22, 2010

kenapa Singapore


bersama student History n Culture dan Design 2 aku akan melawat Singapore minggu depan. Kenapa Singapore.. kerana aku mahu student melihat dunia yang lain..dunia yang penuh dengan karaktor senibina hebat..dimana design amat dihargai..tempat yang mementingkan kualiti didalam rekabentuk..dari zaman kolonial hingga lah rekabentuk futuristik.


hari pertama adalah hari untuk melihat masa lampau..kami akan melawat galleri seni, national museum dan menaiki bot menyusuri sungai..sambil melihat pemandangan Singapore..bagaimana senibina berubah dari bangunan victorian ke rekabentuk norman foster..begitu juga budaya manusia berubah mengikut masa..


hari kedua adalah hari penuh fantasi ...kami akan ke Universal Studio di Sentosa Island...pengalaman yang tidak mungkin mereka lupakan


pendidikan saja bukan untuk di fahami..tetapi untuk di nikmati..kelas History and Culture kali ini akan mengalami transformasi..

Wednesday, August 11, 2010

malam-malam yang sunyi


hari ni aku keluar dari wad.. ini adalah kali ke 3 aku menginap di hospital besar Melaka..kali pertama semasa umur aku 9 tahun..diwad kanak-kanak kerana denggi..hari ini aku terlantar di wad dewasa pun kerana denggi..


suasana tak berubah.. masih begitu..suasana serius semasa rawatan..suasana riuh masa lawatan dan sunyi diwaktu malam masih tidak berubah..


Pak Cik Salleh yang disebelah katil aku selalu beri semangat..tentang cerita mudanya..kisah semasa jadi polis.. selalu berkelakar..sedangkan sakit batu karangnya lebih perit dari aku..


waktu gembira bila lihat abah dan ibu datang... ketika umur begini aku masih dalam pemerhatian mereka..aku rasa seperti seorang budak kecil.. lebih lagi ketika ibu menyuap makanan ke mulut ku..walau aku sebenarnya rasa tak berselera untuk makan..
rasa rindu pada kampus..student..kawan-kawan..membuak-buak..aku sangka tinggal di borneo tu sunyi..tapi sendirian di hospital jauh lebih sunyi..


ramadhan kali ini buat aku termenung jauh.. ketika sendi ku masih sakit..kepala ku masih berdenyut..


betapa aku manusia kerdil..sungguh tak hebat

Monday, August 2, 2010

2010 penuh makna..cerita yang hebat

dalam aku bermenung..dah nak masuk bulan ramadhan..sungai masa mengalir terus..2010 memasuki suku ke empat..hampir ke penghujung..apa yang aku dapat di tahun 2010..

aku sungguh puas hati ..tahun ini harimau mengaum keras..tahun yang hebat bagi aku.. berada di Borneo memberi aku pengalaman hebat.. aku kenal Sarawak.. Iban, Bidayuh, orang Ulu..Melayu Sarawak..aku sudah ke Bako, Semantan, Sri aman..

terselit juga pameran Cross Culture bersama teman..kalau ada rezeki kami ke Galleri Petronas untuk menaburkan art work kami..hebat!!

tanpa di duga aku juga ke Bali pada 2010 ini..kenangan hebat..tapi kembara aku belum jumpa istilah puas..

suku terakhir ini aku akan ke Bandung untuk shopping raya..Paris Van Java..syurga membeli belah..nak bergambar di Gunung Tangkuban Perahu..

selepas raya aku nak bawa student History n Culture ke Anchor Watt.. satu lagi keajaiban dunia..

hujung tahun kalau ada rezeki aku nak ke Beijing... menjejak tembok besar China..

ekonomi nampaknya baik..usaha mengumpul modal untuk idea ice cream arts semakin menampak kan hasil..

jika berjaya..tahun 2010 memang sesuatu yang hebat dalam sejarah hidup aku.. dan aku teruskan juga perjalanan akademik aku..sampai aku jadi professor.. aku akan bersara sebagai seorang professor...dengan pelbagai cerita untuk aku ceritakan.. 2010 akan menjadi kisah yang hebat..

the phantom of kuda kepang




tujuh orang pelajar LKW Borneo menari kuda kepang..kapi pecah kepala untuk memikirkan persembahan yang artistik, kreatif dan lain dari yang lain..out of the box.. kebanyakan kumpulan lain buat drama..kami buat dance...kuda kepang fushion...tengok sajalah gambar..persembahan yang sangat mengundang emosi aku..sebab kami tidak menang apa-apa hadiah..apa pun kami puas..kami berjaya mencetus kelainan..persembahan kami segar.. dan cool.. inilah kuda kepang generasi baru..