semalam aku terlibat dengan Perhimpunan Belia Sarawak, penat tak habis lagi..yang aku rasa tak berapa jadi sebab yang datang kebanykanya orang tua dan budak sekolah..
ada macam-macam orang bercakap..macam-macam manusia hebat.. ada juga belia-belia yang hebat yang aku lihat..
tapi kalau nak cari belia bukan di perhimpunan begini..tapi di kelab malam..
untuk menjadi belia hebat kita mesti jadi lain dari yang lain.. merokok, minum arak, dadah bukan sesuatu yang dibanggakan..tak hebat..ia tak menjadikan kita lebih matang..
happy dan mabuk di kelab malam tidak menjadikan kita lebih bagus dari belia yang lain.. tapi bukan belia zaman sekarang saja yang banyak dugaan itu.. belia zaman aku dulu hanyut dengan virus bohsia..aku ingat lagi masa aku naik bas di stesyen bas..penuh bohsia di situ.. yang tak segan silu menyapa lelaki..cukuplah setakat itu.. harap belia hari ini lebih baik
tengok event ni..aku teringat zaman belia aku..aku habiskan zaman belia aku di IPTA..cuti semester aku cari guru silat, belajar silat..aku ada 5 orang guru silat.. Guru Mokhtar (Kuntau), Cikgu Lamsah(Gayong), Cikgu Ismail (Sendeng), Pak Man (Pukulan Sendeng) dan Wak Rozaidi (Betakos).. sebab itu silat ada dalam darah aku..
disamping tu aku belajar seni lain dari Abg Rashid (Karate Ashoto Ryu) dan James (Tomoi)..
Kemudian aku habiskan masa aku digelanggang pertandingan..aku jumpa ramai pendekar..manusia hebat..
Begitu indah zaman tu..zaman belia.. bila aku berada di konvensyen belia tu..aku rasa puas..aku puas dengan zaman belia aku.. yang paling aku gembira adalah pada zaman belia aku..aku tidak sentuh benda terlarang.. arak..dadah..dan aku tidak merokok..aku tak kata yang aku baik.. tapi aku selamat.. berjaya menyelamatkan zaman belia aku