Sunday, July 11, 2010

sesungguhnya malas itu indah..sangat indah


kekadang aku penat dan malas.. aku malas dengan tugasan akademik, malas dengan artwork malas dengan design malas dengan senibela diri..


sudah lama aku tak dapat job.. design job.. hari tu dapat satu job pun aku malas nak buat..


hari ini aku adalah manusia malas..


lihat balik..aku memang suka bidang akademik..aku suka berkata-kata..memberi motivasi, lihat pelajar-pelajar yang memandang dengan penuh harapan..bidang ini yang mendorong aku melangkah..memanjat tangga harapan satu persatu..


aku suka artwork, sentiasa mencari media baru..idea baru..mimpi baru..aku suka bermimpi dan menterjemahkan ia kepada hasil seni..buat hidup aku penuh warna


aku suka design..design atau senireka adalah gabungan seni dan teknologi..membuat ia menjadi hasil yg praktikal.. aku suka design ruang yang mempunyai seni..arts in space..yang mampu berkomunikasi..yang mempunyai jiwa..


aku suka senibela diri.. aku panggil diri aku artis bela diri.. suka bercakap tentang teknik, senaman, pergerakan, langkah dan kepantasan..membakar semangat aku


lihat semuanya apa yang aku ada..ia membentuk siapa aku..menjadikan aku manusia istimewa.. aku mahu apa yang aku mahu..


sesungguhnya malas itu indah..untuk aku diam dan melihat semula siapa diri aku..


aku cuma perlu nyala kan semula api untuk membakar semangat aku



dalam hidup ini..aku sendiri..aku yang menentukan haluan hidup.. tapi waktu ini aku malas

No comments: