Saturday, July 3, 2010

aku menuju ke era seterusnya


masa mengalir seperti air..ada kala laju..ada kala perlahan..beberapa hari lalu genap umur aku 36 tahun..empat tahun lagi 40 tahun..hari ini aku tahu aku tidak akan kaya..aku tidak akan jadi jutawan.. tapi aku tahu aku beruntung..aku senang..dan aku puas..kalau aku hidup hingga 60 tahun..tinggal 24 tahun saja lagi untuk aku..bermakna aku ada 4 tahun lagi untuk terus aktif..seperti tekad ku..umur 40 aku akan settle down..buang segala isi dunia yang bodoh ni, duduk bersama Dia.. sang pencipta..untuk aku habiskan 20 tahun terakhir hidup aku..untuk berjaya di alam yang seterusnya..

era hidup aku adalah seperti berikut..

1lahir - 18 tahun - zaman budak..tinggal dgn mak bapak..bentuk karaktor aku
218 tahun - 30 tahun bina pengalaman..belajar dan mencuba semua bidang..
330 tahun - 40 tahun bina kepakaran, fokus dalam bidang yang aku pilih..cuba jadi yang terbaik dalam bidang ini
440 tahun - 60 tahun - stop dan nikmati apa yang aku usahakan.. fokus pada alam seterusnya..

Confucius tak kaya..tapi dia puas..matinya di kenang..ramai jutawan yang tidak senang hidupnya..mencari kesenangan yang seperti menelan air laut..banyak tapi tak menghilangkan dahaga..hidup menderita..seperti Michael Jackson..Elvis..Hitler..ramai lagi

mari bercakap tentang kaya

Pada umur ini..Aku ada akal yang tajam, aku gigih dan sabar dalam berusaha..aku juga robus dalam meneroka apa jua bidang.. tapi aku tidak ditakdirkan untuk jadi jutawan..

pada usia ini kenapa aku bukan jutawan?.. kerana aku tidak fokus untuk itu.. peluang memang banyak.. bergelumang sajalah dengan projek..bila aku fikir semula..potensi tetap ada..tapi aku ada empat tahun saja lagi.. aku mahu kebahagiaan yang kekal atau senang yang sementara..?

pada suku ke 3 hidup aku, aku memilih bidang pendidikan..disamping melihat design sebagai karya..kerana aku suka bersendiri membina kerjaya ku..tanpa perlu menipu, bergaul dengan manusia hipokrit dan berkawan dengan orang yang hanya suka melihat duit..

aku bersyukur pada usia ini aku mampu sambung pengajian..mencari kesenangan yang kekal..hasil yang bersih..hidup ala kadar tanpa perlu sombong ..

aku mampu bergaul dengan semua orang..duduk dengan sesiapa saja dan berfikir dengan waras

bersyukur dengan air yang diminum, nasi yang disuap, kereta yang ku pandu, katil untuk aku tidur, baju yang aku pakai...tidak ada yang kekal di dunia..

aku masih lagi manusia kreatif..yang melihat dunia dari sudut khayalan aku sendiri

sepuluh tahun lagi aku adalah manusia biasa..yang punyai banyak kisah untuk diceritakan

No comments: